Ambil konsep Dato Shareen Al Mashoor sebagai role model untuk berjaya dunia dan akhirat
Nama Dato' Shareen Al Mashoor sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terkenal dengan nama jolokan 'Dato Cantik', wanita hebat ini tentunya mempunyai resepi dalam kejayaan yang beliau kecapi hingga hari ini.
Walaupun sudah berada di puncak kejayaan, Dato' Shareen tidak langsung mendabik dada, malah beliau sendiri menyatakan bahawa masih belum mempunyai banyak pengalaman dalam dunia perniagaan. FB : https://www.facebook.com/shareenalmashoor
Artikel kali ini, admin akan kongsikan, selain dari usaha yang kuat, Dato Shareen juga tidak pernah lupakan kepada sang pencipta. Malah beliau turut menerapkan konsep islamik dalam mentadbir urusan perniagaan beliau
Panggil Penceramah Dalam Majlis Ilmu
Dalam mengejar kejayaan dunia, Dato Shareen tidak pernah lupa akan hal ehwal agama, malah masih belajar untuk lebih mendalami daripada penceramah-penceramah yang dijemput beliau dalam majlis-majlis ilmu.
Pendekatan ini tidak sahaja untuk beliau malah untuk pekerja-pekerja yang turut bantu beliau dalam membina empayar secara langsung ataupun tidak.
Mengadakan Bacaan Yasin
Dato Shareen Al Mashoor juga turut mengadakan bacaan Yasin pada setiap minggu bersama kakitangan di pejabatnya. Selain dapat menunaikan fardu kifayah, solat wajib berjemaah setiap kali masuk waktu solat antara staff, beliau berharap agar dengan cara ini dia sendiri dan juga pekerja sentiasa mengingati kepada yang maha Esa.
Selain dari tuntutan agama, beliau berharap dengan cara beliau ini, segala usaha keras beliau bersama kakitangannya yang banyak membantu beliau dalam membangunkan empayar beliau selama ini diberkati oleh Allah SWT.




Post a Comment