Header Ads

'Memang Saya Mahu Mempercepatkan Apa Yang Sepatutnya'




HUBUNGAN yang terjalin antara bekas pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir dengan janda meletup Erra Fazira bukan lagi rahsia dan terus diintai peminat masing-masing.

Rata-ratanya mengharapkan hubungan yang terjalin antara mereka membawa ke fasa yang baharu dan lebih baik.

Terbaharu, menerusi laman BH Online, Shahir atau nama sebenarnya Shahir Zawawi ketika dihubungi laman itu berkata, mereka hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan segalanya.

“Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya.

“Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya,” katanya.

Tambah pelantun lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan memberitahu hubungannya denga Primadona terkenal itu berjalan seperti biasa.

Sekiranya ada perkembangan terbaharu mereka pasti akan mengumumkannya. Malah Syahir juga berharap kepada para peminatnya supaya mendoakan segala yang dirancang dipermudahkan.

“Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan… Insya-Allah,” katanya.

Hubungan antara kedua-dua selebriti ini bertambah hangat dan panas diperkatakan apabila Erra dengan beraninya memuat naik gambar kekasihnya itu beserta ucapan hari jadi menerusi Instagramnya.

Difahamkan hubungan Erra dan Shahir mula rapat sejak dua tahun lalu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.