Header Ads

Seorang Lelaki dan Wanita Rompak Kedai Emas Berjaya Larikan Diri Petang Tadi




Georgetown: Seorang lelaki dan seorang wanita merompak sebuah kedai emas di Jalan Teck Soon, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dalam kejadian di sini hari ini.

Kejadian berlaku jam 2.30 petang dan dua suspek terbabit meluru masuk ke dalam premis sebelum memecahkan kaca pameran.

Menurut sumber, setakat ini jumlah kerugian masih belum diketahui.

"Suspek dipercayai melarikan diri dengan motosikal.

"Polis sehingga kini masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya.





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.