Header Ads

5 Sebab Mengapa Orang Malaysia Akan Kembali Melawat Istanbul



5-sebab-kenapa-istanbul-tidak-pernah-membosankan


Istanbul terletak di tengah-tengah di antara benua Asia dan benua Eropah. Oleh kerana kedudukkannya yang strategik dan mudah diakses, ramai yang gemar untuk memilih Istanbul sebagai starting point untuk kembara ke Eropah. Selain daripada itu, kos penerbangan ke sini lebih murah berbanding negara-negara eropah yang lain. Ketika promosi, harga tiket penerbangan daripada Kuala Lumpur ke

Istanbul boleh dapat serendah RM1,700! Disini kami akan share kenapa berkunjung ke Istanbul ini tidak pernah membosankan.

1. Kaya dengan sejarah

5-sebab-kenapa-istanbul-tidak-pernah-membosankan3

Kota Istanbul sebenarnya penuh dengan sejarah. Keunikkan dan juga kesenian islam jelas kelihatan pada setiap binaan bangunan disini. Terlalu banyak artifak dan kesan sejarah yang ditinggalkan daripada 3 kuasa hebat pada suatu ketika dahulu, iaitu Roman, Byzantine, Uthmaniyah. Setiap kali berkunjung, pasti ada sejarah baru yang dapat dipelajari dan diambil iktibar. Blue Mosque

2. Pengangkutan awam yang sangat efektif dan murah


5-sebab-kenapa-istanbul-tidak-pernah-membosankan2

Pengangkutan awam di Istanbul boleh dikatakan antara yang terbaik di eropah. Hampir kesemua tempat lawatan yang menarik dihubungkan dengan tram, train dan juga bas. Jadi, anda tak perlu risau sekiranya tidak menyewa kereta di Istanbul. Bagaimana nak explore Istanbul dengan pengangkutan awam? 1st sekali, anda perlu membeli Istanbulkart. Fungsinya sama seperti touch & go. Hanya perlu ‘tap-in’ dan ‘tap-out’ ketika menaiki metro atau tram. Istanbulkart ini boleh dibeli di mesin tiket (pastikan anda mempunyai wang yang lebih kecil) ataupun di kiosk. Sekiranya beli di kiosk, harga satu kad adalah 20lira (12 lira kredit dan 8 lira deposit kad). Sekiranya beli di mesin tiket, harganya hanya 10 lira (4 lira kredit dan deposit kad 6 lira). Option lain, anda boleh beli tiket untuk sehala, harganya adalah 4 lira. Tram di Taksim Square

3. Mudah untuk dapati makanan halal


Jika ke negara Eropah yang lain, kebab menjadi pilihan kerana terpaksa, kerana itu sahaja pilihan yang ada. Tetapi, berlainan pula ketika di Istanbul. Terlalu banyak restaurant yang menjual makanan halal. Daripada makanan asia, middle-east, hingga lah ke makanan western. Majoritinya halal, boleh makan semua jenis makanan tanpa perlu syak wasangka.

(TIPS: Jangan lupa untuk mencuba Midye dolma / Stuffed mussels dihadapan Grand Bazaar. Sedap sehingga menjilat jari) photo by amini nasir

4. Hub untuk ke Eropah

5-sebab-kenapa-istanbul-tidak-pernah-membosankan5


Bayangkan, dengan RM400-800 anda boleh beli tiket pergi dan balik ke Budapest, Vienna, Prague, London, Oslo dan banyak lagi. Antara airlines yang menawarkan penerbangan ini adalah Pegasus airlines dan Turkish Airlines. Amacam? Best tak? walaupun low cost airlines, service dia memang best

5. Syurga membeli belah


5-sebab-kenapa-istanbul-tidak-pernah-membosankan6

Boleh lupakan sebentar kota Paris dan kota Rome. Istanbul juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai barangan di jual dengan harga yang sangat rendah. Diantara tempat membeli belah utama di Istanbul adalah Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Jangan lupa untuk meminta diskaun 40% daripada harga asal. Memang kebiasaan peniaga di sini akan meletakkan harga yang lebih tinggi. Suka diingatkan, jangan menawar harga sekiranya anda tidak berminat untuk membeli. Kemungkinan besar anda akan ditempelak dan dimarahi oleh peniaga-peniaga disana. Sesetengah kedai turut menerima matawang Ringgit Malaysia dan Euro. Jadi, tak perlu risau sekiranya tak cukup duit.

Sumber : Tmplbackpackers.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.