Header Ads

5 Taman Tema yang wujud di Selangor yang patut anda kunjungi!




1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Selangor ini merupakan salah satu taman tema yang sangat popular di Malaysia ini.Di Sunway lagoon ini terdapat pelbagai jenis permainan yang sangat menarik. Permainan yang disediakan termasuk didalam air atau didarat. Antara tarikan permainan yang ada di Sunway Lagoon ini ialah surfing pool, man-made beach, Amusement Park, water rides, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan banyak lagi.Antara permainan lain yang paling mendebarkan dan mencabar di sini ialah Bungee Jumping dan G-Force X.



2. I-City Shah Alam

I-City merupakan salah satu taman tema yang menjadi tarikan pengunjung kerana mempunyai tarikan istimewa iaitu mempunyai ratusan pokok dan hiasan lain yang dihiaskan dengan lampu yang berwarna-warni pada waktu malam. Selain mempunyai hiasan lampu, i-city juga telah membuka satu taman tema air yang pasti membuat pengunjung berpuas hati kerana terdapat pelbagai tempat menarik di I-City ini. Di sini terletaknya satu gelongsor air yang sangat menarik yang dikenali dengan Tornado Ride yang pasti memberi kepuasan kepada anda yang sukakan cabaran. Waterpark di I-City ini dibuka setiap hari kecuali hari selasa pada pukul 11:00 am - 7:00 pm.



3. Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Shah Alam merupakan antara taman tema air yang paling awal di Selangor. Wet World yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam ini menempatkan pelbagai permainan air yang telah dinaiktaraf kan kerana untuk bersaing dan untuk menjadi tarikan taman tema air yang lain di Selangor. Antara yang permainan air menarik disini untuk golongan muda ialah Thunder River, Monsoon Buster Adventure, Super Hurricane dan juga Caribbean Rider.Di samping itu juga, Wet World  juga mempunyai kawasan yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. Dengan tarikan yang menarik , Wet World Shah Alam sering menjadi destinasi pilihan golongan yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah. Beroperasi setiap hari dari jam 10 am sehingga 6 petang kecuali hari Rabu (kecuali cuti sekolah/umum).



4. Asian Water Sport Village Puchong

Asian Water Sport Village yang terletak di Puchong, Selangor ini merupakan salah satu taman tema air yang lain daripada lain kerana semua aktiviti di sini melibatkan sukan air. Kebanyakan sukan air disini sangat mencabar dan hanya sesuai untuk mereka yang berani sahaja.Apa yang uniknya, tarikan utama disini kebanyakannya akan membuat anda duduk di pelampung dan anda akan ditarik dengan menggunakan bot.Setiap cabaran adalah berbeza mengikut jenis sukan air yang anda pilih. Antara sukan air yang ada adalah GX4, Graphic Deck, EvoPro 3, Banana Boat, Aqua Fly,Fly Fish, Fifty Four dan Turbo Blast. Di sini juga ada disediakan sukan yang kurang mencabar seperti berkayak, bermain pasir dan bermain layang-layang yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Hanya di sini sahaja taman tema yang diketengahkan sukan air.



5. Morib Gold Coast Resort

Sebut sahaja Morib Gold Coast pasti ramai yang tahu.Satu lagi destinasi taman tema air di Banting, Selangor yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan percutian di tepi pantai. Taman tema air ini terletak di dalam Resort Morib Gold Coast yang mempunyai gelongsor air, kolam dan permainan yang menarik untuk pengunjung yang berkeluarga. Selain bermain air di water park, anda boleh bersiar-siar di tepi Pantai Morib dan yang paling best di sini ialah melihat matahari terbenam di seberang laut Selat Melaka. Disini juga anda boleh menempah resort untuk anda menginap.Taman tema ini akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Harga untuk masuk ditaman tema ini ialah Dewasa RM 25 nett ( 12 tahun & keatas ) , Kanak-kanak RM 15 ( 2-11 tahun)




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.