Header Ads

Bercuti di Sabah, Malaysia




Hah formal lah sangat tajuknya, bercuti di kundasang haa 


Kalau ada follow instagram kami (konon lah org nk folow), ada la tengok kami update gambar gambar di sabah, dan sapa yang tak follow, meh nak cerita, kami berpeluang melawat negeri di bawah bayu pada awal November 2015 selama seminggu, melawat keluarga sebelah suami dan jalan jalan holiday happy happy menghitamkan kulit berjemuran dan lain lain hah amik pekej semua ada. Most of the time kami berada di kawasan Kota Kinabalu, dan kami berjaya mencuri peluang berjalan ke kundasang! tempat yang popular dengan ladang lembu macam di new zealand tuh! maka kami pon nak share lah pengalaman tak seberapa ni dengan kawan kawan.

Untuk kawan kawan yang datang dengan flight, jarak masa Kundasang dari Kota Kinabalu International Airport adalah 2 jam (drive kereta), plus minus lah dengan keadaan cuaca dan keadaan jalan serta lalu lintas. Sampai saja di pekan Kundasang, kami terus check-in dulu di Kinabalu Pine Resort. Sebelum pergi sana ritu kami dah survey beberapa tempat menginap, selepas beberapa review dan komen daripada org yang berpengalaman kesana, kami pilih untuk tinggal disini.


Tempat ni memang recommended, staff sangat membantu, tanya banyak pon tak kisah, layanan dengan senyuman lagi, sejuk ati haaa…dah la cuaca diluar pon sejuk, terus menggigil, 
Kawasan Kinabalu Pine ni memang lawa, bersih, view mengadap gunung kinabalu, bilik yang kami dapat pon bersih, kemas, yang penting toilet memang lengkap (tuala, sabun, syampu, gelas, sanitary bag, tisu, dustbin, shower cap), barang2 seperti iron boleh minta, siap sediakan payung lagi dalam bilik (untuk digunakan time hujan la ofkosss). Masa kami p tu, bayaran bilik (RM172.50) termasuk makan pagi dan makan malam. Makan dia bagi memang pehh kenyang, tak payah cari makan lain dah.  Bila waktu malam, wangiiiiii ja kawasan kt luar dia, maybe sbb pokok2 yang ditanam di sekeliling kawasan resort ni. Depa siap sediakan map lagi untuk memudahkan kita nak susun perjalanan disana 


Bagi kawan kawan yang datang ke Kundasang dari arah Kota Kinabalu, ada beberapa kawasan yang boleh disinggah dalam perjalanan:

1. Rumah terbalik – Entrance fee seperti dibawah:



Komen: Hurm…kalau rasa nk masuk jugak sebab teringin dan kalau tak masuk nanti balik termimpi mimpi, masuk jelah…kalau tak yu ols tak masuk pon xpe..sebab sekejaaapppppppp sangat haa, bukan boleh amik gambaq pon, dia kumpul ramai2, lepas tu dia bagi sepatah dua kata explain pasai rumah tu, lepas tu masuk and keluar -_- sepatah dua kata itu adalah dia menceritakan rumah tu dibuat menggunakan konsep rumah tradisional org bajau..dan susunan dia pon ikut konsep tu jugak.
2. Pekan Nabalu – pekan untuk shopping barang2 kraftangan, dia punya konsep sama dengan pekan jual barangan kat cameron highland
3. National Park – Entrance Fee : RM3 ( kalau x silap lah, serius takingat)
– dalam ni boleh buat macam2 aktiviti, boleh pergi ke kaunter pertanyaan dia dan dapatkan map serta penerangan. orang2 yang nak mendaki pon masuk lalu sini jugak. kalau nk buat aktiviti kat sini, sila lah pakai kasut ya, sebab kena berjalan kaki melalui trail yg disediakan.
4. Strawberry Garden – Disini ada cafe, resort dan ladang strawberry, masa kami p tu dia kata strawberry x banyak, maka kami tak masuk pon lah, sebab dah pernah pergi ladang di cameron, takde lah rasa apa sangat heee 
Okay itu saja yang dalam pengetahuan kami, maklumlah baru beberapa hari di sana, tak sempat nk cover semua heee 
Owh kalau tak sempat singgah masa dalam perjalanan pergi, boleh ja singgah masa dalam perjalanan balik nanti, sebab jalan yang sama ja.. 


Di Kundasang pulak ada beberapa kawasan yang menarik jugak, antaranya:
1. Tamu – Di bulatan pekan kundasang. setiap petang khamis hingga tengah hari Jumaat. Tamu ni di kawasan lapang mengadap gunung kinabalu, lawaaa sangat! Tamu tu pasar lah, pasar yang menjual segala barangan tempatan dan import, haha, kalau nk merasa cili sabah yg pedas gila, boleh la p cari disini 
2. War Memorial – Entrance fee: RM2.00
3. Desa Dairy Farm – Entrance fee: RM5.00. Open Daily dari 8pg hingga 5 ptg.

Di desa dairy farm ni, lepas bayar entrance fee, depa akan bg satu kertas kecik yg mengandungi list aktiviti di situ, antaranya ialah:
1 Sigh seeing

2. Milk processing & packaging view (Tues, Thurs, Sun – 8am to 1pm)

3. Milking process viewing (everyday -3pm)

4. Calf pen activity (everyday)

5. Cow barn viewing (everyday – 8am to 1.30pm)

6. Guided tour -first session-10.45am,  second session – 2.45pm


Harga menu di Desa Dairy farm, Kami suggest untuk pergi beli susu paling popular di sabah, haruslah susu keluaran ladang ni sendiri, Susu Desa, peeehhhhhh….rasa dia sedap gila lemak berkrim dan fresh! kami tak jumpa susu sedap mcm ni kat semenanjung hahaha! Kalau beli susu ni ladang ni, murah la berbanding beli di Tong Hing

Okay setakat itu dulu, ini baru kundasang, belum masuk Ranau, Ranau dengan kundasang ni sebelah2 ja, and di Kinabalu Pine Resort ada diberikan map untuk jalan jalan di Ranau, Di Ranau ada Sabah Tea Plantation, bagi kami, view tea plantation di Cameron lagi menarik dan lawa, sapa suka minum sabah tea, boleh la beli terus disini, ada boleh buat trip melawat kilang proses teh jugak, and disini ada dijual sabah tea yg berperisa, ada perisa pandan, cinnamon, serai, misai kucing, geranium, dan banyak lagi, setakat ni paling jatuh hati kat perisa pandan lah, dah la wangi, memang rasa pandan! hahaha…
Then diranau ada Poring hot spring, hot spring ni siang hari jeh tau, jangan dok p malam2 plak macam di baling nuh, kawasan air terjun pon ada kat sini, memang besar lah jugak nk explore, kalau rajin boleh jalan kaki masuk dalam sikit p ke tempat rama rama 






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.