Header Ads

'Ibu Bangkit Lawan Kanser Payudara Demi Kami 3 Beradik..'




Cerita ini berkaitan dengan mak aku yang telah menghidap penyakit kanser payudara. Tahun 2013 nie adalah tahun sangat sedih dalam hidup aku. Dipendek kan cerita, mak aku nie dapat tahu penyakit kanser dia ada dapat rasa satu benjolan dkat payudara kiri dia.Aku mula syak sebab seminggu lebih nie asyik bersendirian je bila aku tanya dia kata takda pape cuma jawapan yang dia bagi kata sakit badan je. Tiap malam risau sampai takboleh tido, aku dapat rasa ada benda yang tak kena dkat mak aku semenjak dua menjak perangai dia lain macam,keesokan harinya jugak kitorang bawa mak aku check dkat hospital untuk test mammogram. Dalam 3 hari lepas pada test tu, dapat result yang mak aku kena kanser payudara tahap 3. Allahuakbar, luluh hati satu family bila dapat berita macam nie, semua menangis terduduk termasuk aku sampai tersedu bila dapat tahu berita mak aku kena kanser. Tahap satu aku masih boleh terima lagi, yang mak aku pulak jangan cakap lah memang time tu dia kata dah takda harapan nak hidup lagi. Dalam seminggu jugak tak lalu nak makan kenang kan nasib mak aku tu.

Time tu, terngiang² nasib kami satu family andai kata bila mak dah takda. Macam² bermain dalam fikiran, dalam hati mungkin nie adalah ujian Allah yang paling berat yang aku kena tempuh. Apa dosa aku tuhan nak menguji sampai macam nie sekali. Aku percaya disebalik ujian camnie mesti ada hikmah yang Allah berikan nanti. Aku tengok mak aku termenung sensorang dalam bilik menangis, sampai satu tahap dia kata dkat aku mungkin mak takkan hidup lama lagi jaga lah adik². Bila aku dengar je dia kata macam tu bertambah berjurai air mata, seminggu jugak lah semua tak lalu nak makan, mandi tak basah, tido pun tak nyenyak. Sampai kan dkat tempat kerja pun bos aku tegur kenapa serabai tak terurus sebab pasal mengenangkan nasib mak aku. Esok tu aku pergi hospital dan tanya dkat doktor macam mana dengan mak aku, doktor tu sarankan suruh buat pembedahan dengan segera takut merebak dkat sebelah nanti. Kitorang pun bincang dan bersetuju dengan rela hati suruh buat pembedahan buang payudara yang kena kanser tu. Alhamdulillah mak aku selamat dalam pembedahan, time nie aku pikir selamat dah apa semua. Tengok mak aku terbaring atas katil dengan tak bermaya dan aku btol² sangat sedih sebab payudara mak aku hanya tinggal sebelah je. Time tu semua saudara mara datang melawat mak aku, semua sedih menangis sampai kan nurse yang jaga mak aku tu pun menangis sekali. Semua macam tak percaya dan takboleh terima hakikat yang payudara mak aku dah takda cuma tinggal sebelah je.

Aku cakap dkat mak aku takpe dah selesai semua nya, yang penting mak rehat dulu jangan banyak bergerak. Dalam seminggu mak aku duk hospital doktor kata dah boleh discharge, time dkat rumah aku dgan adik beradik jiran yang bnyak tolong mak aku. Aku cukup beruntung dapat jiran baik sebab dia lah yang mandikan mak aku, bagi mak aku makan apa semua bila aku kerja. Adik beradik cuma 3 orang je termasuk aku, lagi 2 perempuan tu belajar dkat belah utara. Aku je lah anak laki yang ada duduk dkat rumah, nasib tak kerja jauh² kalau tak taktahu lah macam mana sape nak tengok kan mak aku. Bapak aku pun bukannya larat sangat, dia pun kerja kalau malam dia ada tolong mak aku. So aku lah amek alih tugas nie kadang² nak harapkan jiran sangat takboleh jugak. Sampai terpikir nak berhenti kerja jaga mak aku dkat rumah. Bila adik bradik prmpuan aku balik cuti sem diaorang lah handle. Dalam 2 minggu mak aku hanya mampu baring je takboleh buat pape lepas dari tu mak aku dah boleh gerak sikit.

Lepas sebulan dua (rasanya) mak aku kena buat chemotherapy taksilap aku 8 sesi, makcik aku lah yang hantar ulang alik masa chemo tu. Nasib agak baik jugak sebab makcik aku duduk area KL so dia lah yang rajin tolong mak aku hantar ke hospital. Aku tengok mak aku kurus je, rambut gugur bila kena chemo tu. Aku paham perasaan siapa yang kena buat chemotheraphy, ada yang berhenti separuh jalan. Mak aku memula dia dah give up sebab dia kata dah tak larat nak kena hadap nie semua tapi disebabkan dia kata nak tengok kami 3 beradik kahwin, nak tengok ada cucu dia cuba kuatkan semangat. Bila dia kata macam tu, aku dapat rasakan semangat dia tu memang sangat tinggi. Bukan senang nak hadap chemo, tapi paling aku sedih sangat mak aku dah tak macam dulu lagi dah. Badan dulu gempal sedikit..sekarang dah kurus, rambut pun banyak gugur, aku dapat rasakan kesakitan yang dia kena hadap nie semua demi anak² dia. Dia pernah kata, kalau takde aku 3 beradik kalau tuhan nak ambik nyawa dia pun dia tak kisah sebab dia redha dengan ketentuan nie semua. Dia bangkit melawan kanser nie pun sebab kami 3 beradik.

Syukur Alhamdulillah, dah 4 tahun berlalu Allah telah berikan kesihatan yang baik untuk mak aku. Dan paling aku gembira penyakit kanser nya semakin pulih cuma sebulan sekali kena buat medical checkup.Mungkin ini lah hikmah yang Allah berikan untuk aku satu family, sekarang mak aku dah boleh senyum, berjalan bergurau dengan kami semua. Kalau dulu hanya mampu terbaring dan menangis je sepanjang masa. Buat semua pembaca terutama sekali perempuan, bila dah dapat tahu sesuatu macam nie cepat² lah pergi hospital check apa yang patut. Takpun boleh pergi klinik buat check mammogram bukan nya kena bayar. Cegah lah sebelum terlambat, contoh macam member aku mak dia pun kena kanser payudara tapi mak dia cuma ikhtiar makan ubat dengan cuba rawatan tradisional tanpa buat pembedahan,selang setahun aku dikejutkan dapat berita yang mak dia meninggal dunia. Al fatihah semoga ditempatkan kalangan orang yang beriman. Arwah mak dia kena selepas mak aku habis buat rawatan chemo,aku pernah pesan dkat dia suruh buat pembedahan tapi time tu dah terlambat agaknya. Mungkin dah ajal mak dia, dan sampai sekarang aku rasa sangat terkilan bila kenangkan arwah mak dia.

Yang ada mak tu jangan lah nak melawan jangan sia² kan peluang nie,dengar kata mak nanti bila dah takde dkat dunia menangis pun tiada guna dah. Aku dulu pun selalu melawan cakap mak aku, tak dengar kata tapi bila dah jadi macam nie aku makin sayang dan hargai mak aku. Aku cuma harap satu je dan berdoa setiap hari semoga Allah panjangkan umur mak aku dan dapat tengok aku khawin, itu janji dia time sebelum sakit lagi nak tengok aku khawin ada cucu sebelum dia pejam kan mata buat selama lamanya. Satu je yang aku harapkan dari korang semua supaya mendoakan mak aku sihat walafiat seperti sedia kala dan panjang umur. Aku mendoakan korang yang baca nie semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, insyaAllah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.