Header Ads

Nora Sedih Kerana Suami Tak Beri Sokongan Sertai GV3





LUAHAN sedih penyanyi Nora di laman Facebook baru-baru ini yang menyatakan suaminya, Johan Nawawi tidak memberi sokongan terhadapnya dalam penyertaan di program realiti Gegar Vagaza 3 (GV3), mendapat perhatian peminat.



Mengulas hal itu, Nora berkata, dia tidak berniat memburukkan suaminya, sebaliknya sekadar luahan hati selepas berdepan pelbagai tekanan.

Menurut Nora, suaminya yang juga komposer  tidak begitu memberikan sokongan terhadapnya kerana merasakan dirinya mampu menempuh pertandingan itu dengan mudah selain tiada masa sibuk bekerja.

Bagaimanapun, bagi Nora, penyertaannya dalam program realiti itu bukanlah semudah yang disangka, tambahan pula ianya membabitkan persaingan antara penyanyi profesional.

“Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3.

“Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain. Saya sempat tegur dan beritahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar.

“Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini.

“Jiwa orang seni agak sensitif, jadi saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi untuk terus kental selagi bertahan,” katanya kepada BH Online.

Pada masa yang sama, Nora meluahkan rasa syukur apabila luahan itu tidak dipandang negatif sebaliknya mendapat kata-kata semangat dari para peminat yang mahu dirinya terus kuat berjuang dalam GV3.

GV3 telah pun mula bersiaran sejak Ahad lalu menyaksikan 12 bintang bertanding.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.