Header Ads

Resepi Pulut kuning



Pulut kuning

Pulut kuning(nasi kunyit) Oleh:Wawa Chichik Like: Buku Resepi
Bahan-Bahan:

3kg beras pulut susu
3 keping asam gelugor
3sudu kecil serbuk kunyit@ 2inci kuning hidup
1kg santan
2sudu besar gula
2sudu besar garam halus
100gm halia
50gm bawang merah
30biji lada hitam
Cara Penyediaan:

Cuci bersih beras pulut, kemudian letak serbuk kunyit@kunyit hidup yg diketuk(sy suka kuning hidup sbb warnanya cerah bersih),masukkan air bagi tenggelam beras lebih kurang 2 inci lebih dr beras. Masukkan asam keping sekali dlm rendaman pulut.
Rendam selama 5-8jam.
Selepas 5-8jam, basuh cuci beras tadi dan toskan. Buang asam keping dan kunyit ketuk td.
Alaskan pengukus dgn daun pandan, dan letak beras pulut td dlm bekas pengukus.
Racik halus halia dan bawang merah,kemudian tabur atas beras td bersama lada hitam(biji).
Kukus selama 30minit utk mendapat pulut yg betul2 lembut dan wangi.
Sementara itu, dlm periuk asing, masak santan bersama air,garam,dan gula. Kacau sentiasa agar tak berketul.Matikan api bila betul2 mendidih.
Angkat pulut dr pengukus td, dan gaul sebati bersama santan yg dimasak. Gaul sehingga betul2 sebati@ terbit minyak.
Sedia utk dihidang.Hias mengikut kreativiti. Enak dimakan bersama kambing masak merah,kari daging pekat,@rendang daging.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.