Header Ads

'Saya Bersumpah Dengan Nama Allah Itu Tidak Benar' - Zukie Sangkal Dilabel Kaki Sailang



Semalam viral seorang lelaki memuat naik status diinstagramnya mendakwa kekasihnya yang juga bakal bertunang di'sailang' oleh rakan sendiri iatu Zukie. 



Dalam statusnya, dia mendakwa Zukie adalah orang ketiga yang menjadi punca keretakkan hubungan mereka. Tambahnya lagi, Zukiee telah menabur janji manis kepada bekas kekasihnya itu dengan berjanji untuk membelikan rumah dan kereta. Tidak sahaja menyalahkan Zukie, dia turut menyalahkan bekas kekasihnya kerana turut melayan menyebabkan hubungan mereka bermasalah.

Tidak hanya berdiam diri, zukie memberi respon diinstagramnya.


@zukieeeeeapabila saya mendongak ke langit semalam , baru saya sedar yang langit itu tinggi , bila saya memandang sekeliling saya baru saya sedar yg nikmat Allah itu luas , bila saya mengimbas hidup saya yg dulu , baru saya sedar segala galanya adalah milik Allah . 

Bersumpah perkara itu tidak benar

Saya bersumpah dengan nama Allah keatas diri saya , apa yang diperkatakan adalah sangat tidak benar . saya tidak mengenali beliau seperti yg diperkatakan , sumpah demi Allah ke atas diri saya , saya pernah berjumpa lelaki itu tidak lebih 4 kali seumur hidup saya ,dan saya tidak pernah menganggap dia kawan saya kerana kesombongan beliau sejak pertama kali berjumpa . 

Redha dengan berlaku

saya tidak menyeru untuk mempercayai saya . saya percaya ini dugaan dari Allah untuk saya , ini semua berlaku atas kejahilan saya sendiri , saya tidak mahu menunding jari menyalahkan mana mana pihak . jangan kecam kawan saya jamal kerana dia tidak bersalah dalam hal ini . 

Keluarga Farah Anis terima impak negatif

hal ini memberi impak yang besar kepada Farah Anis dan keluarganya . setiap masa farah menangis kerana dikecam , keluarga nya juga mendapat kecaman . biar lah dia tak cantik, gemok , hitam , tapi saya mengenali dia lebih dari 9 tahun , membuatkan saya tidak berfikir panjang untuk memilih dia adalah hati dia , cantik tidak memberi kebahagiaan , hati yang saya lihat. 

Tidak mahu netizen bergaduh

kepada penyokong saya , jangan lah mengecam pihak lelaki itu , tunaikan hak dia untuk bercakap pasal saya dan farah , ini berlaku atas kejahilan saya sendiri , saya yang berani mengambil risiko dari mula saya naik , biar saya yang bertanggungjawab atas semua ini , saya tidak mahu anda bergaduh sesama sendiri disebabkan hal ini, saya bangkit bukan untuk membela Nama saya, kerana nama saya adalah bonus dalam hidup saya, saya tidak pernah mengidamnya , ini rezeki dari Allah.

Bangun membersihkan nama Farah

..saya akan bangkit kerana nama farah , saya tidak sanggup melihat dia yang menerima segala kutukan, bukan dia yang bersalah tapi saya , sailang , tunang , member sendiri , saya berani bersumpah dengan Nama Allah ke atas diri saya ianya tidak betul . sabar , saya tidak ada kemampuan untuk melawan kerana saya lemah . tapi satu saja yang saya boleh cakap kepada semua dan terutama kepada diri saya sendiri iaitu KEBENARAN PASTI AKAN DATANG . insyaAllah.

Apa sebenarnya tujuan lelaki itu mendedahkan perkara tersebut? Adakah dia cuba meraih populariti murahan dengan mengaitkan nama Zukie yang mana ketika ini meningkat naik dalam industri hiburan ?

Apa yang pasti bilangan pengikut instagramnya sehingga hari ini telah meningkat secara mendadak. Semakan di instagramnya juga , dia salah seorang yang banyak menghasilkan video vine.



Jika tujuan dia sengaja mengadakan isu tersebut semata mata untuk meraih populariti dan dikenali, ianya suatu perkara yang bersifat jahat dan mengaibkan orang.

Apapun, semoga ada kesudahan yang baik konflik yang berlaku antara mereka ini.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.