Header Ads

'Suamiku Adalah Seorang Wanita'





KERANA cinta, seorang wanita di Indonesia menyesal tak sudah apabila tidak menyangkan ‘lelaki’ yang dikahwininnya beberapa bulan yang lalu rupa-rupanya adalah seorang wanita.

Memetik laporan The Jakarta Post, Heniyati, 25, hanya mengetahui identiti sebenar suaminya, Efendi Saputra atau nama sebenarnya, Suwarti, 40, selepas tiga bulan hidup sebagai suami isteri.

“Dia memalsukan semua dokumen untuk perkahwinan termasuk menukar nama dan jantina dari wanita kepada lelaki. Saya dan keluarga saya telah ditipu dan malu!” kata salah seorang ahli keluarga Heniyati

Difahamkan, pasangan itu berkenalan sejak akhir 2015 lalu. Sepanjang perkenalan itu, Efendi mendakwa dirinya bekerja sebagai anggota polis.

Heniyati percaya berikutan Efendi berpenampilan seperti lelaki dengan potongan rambut pendek seperti polis dan turut merokok.

Selepas enam bulan bercinta, akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin. Namun selepas berkahwin, Heniyati mula mencurigai Efendi yang enggan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami, malah enggan ‘bersama’ ketika dipinta.

Keraguan itu membuatkan Heniyati mula menyiasat identiti suaminya sehinggalah terjumpa kad pengenalan Efendi yang tertera nama seorang wanita bernama Suwarti.

Berikutan itu, Heniyati dan keluarganya membuat laporan polis.

Ketua Polis Bayolali, Adj Sr Cmr Agung Suyono mengesahkan menerima laporan itu dan Efendi telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati Suwarti telah memalsukan semua dokumen peribadinya untuk urusan lesen perkahwinannya.

“Kami masih menyoal siasat beliau untuk mengetahui motifnya melakukan perbuatan itu dan beliau akan didakwa di atas kesalahan menipu dan pemalsuan dokumen.”


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.