Tak Layak Sarung ‘Jubah Konvo’ Atas Pentas Konsert, Ini Komen Wardina Tentang ‘Graduasi’ AF
Bahang konsert final Akademi Fantasia masih lagi terasa setelah program tersebut menamatkan siarannya malam tadi dengan mengangkat Amir sebagai juara pada musim ini. Sudah menjadi tradisi rancangan realiti ini sejak tahun 2003 untuk memanggil peserta sebagai ‘pelajar’ dan menobatkan mereka sebagai ‘graduan’ setelah program tamat.
Finalis AF akan disarungkan dengan ‘jubah konvo’ dan memakai topi mortar sebagai simbol graduan yang telah tamat pengajian. Namun, ada yang tidak kena dengan cara tersebut melalui pemerhatian selebriti tanah air, Wardina Safiyyah. Ikuti pendapatnya tentang perkara ini.
Saya tak mengikuti perkembangan AF – Saya cuma kurang dengan “jubah konvo” yang mereka pakai di atas pentas. Mereka TIDAK bergraduasi dari apa-apa. Jubah dan topi graduasi adalah simbol kehormatan mewakili ilmu yang dituntut (dengan susah payah) daripada insititut pengajian tinggi akademik. GRADUAN layak memakai jubah dan topi tersebut diatas kerja keras, disipilin dan usaha selama bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan daripada pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Penipuan Kepada Diri Sendiri Dan Masyarakat!
PS- Mereka boleh menyanyi dan berlatih sebanyak mana yang mereka mahu. Ada diantara mereka yang mempunyai suara yang merdu dan bakat dalam nyanyian. Saya hanya mempunyai masalah dengan cara kita ‘merendahkan’ upacara graduasi dan ilmu pengetahuan. Ia menghantar mesej yang salah kepada masyarakat. #justnotright #tahniahpadapemenang # tolongjanganmarah Mungkin tahun depan boleh gugurkan penggunaan jubah ok? :) xoxo
Post a Comment