Header Ads

Terpaksa Berpisah Dengan Anak Kerana Maruah Keluarga, Air Mata Si Kecil Meleleh Seakan Memahami. Sebak




Bagi gadis yang terlanjur dan hamil anak luar nikah, ibubapa memilih untuk menempatkan anak mereka di rumah perlindungan Baitus Solehah untuk dibimbing supaya bertaubat dan berubah. Setelah melahirkan, ada ibubapa yang lembut hati ingin menjaga darah daging yang tidak berdosa itu.
Namun ada juga yang sanggup memisahkan anak dengan ibu kerana terlalu sangat berpegang dengan apa orang kata. Seperti yang dilalui ibu muda ini, dengan berat hati dan linangan airmata terpaksa menurut demi maruah keluarga. Si anak yang usia baru sebulan seakan mengerti saat perpisahan yang dialami. Sebaknya.

Betapa payah mengandung tanpa orang tersayang disisi

Semua Ibu Sayangkan Anak
Jika suatu hari nanti anak bertanya, “ibu, kenapa ibu beri Zulaikha kepada mama?”
Agak agak apa jawapan yang mahu diberikan kepada anak itu?
Sebab itu setelah melalui pengalaman memelihara ibu ibu mengandung, menjaga mereka ketika mengandung, melihat betapa payah mengandung tanpa orang yang disayang di sisi mereka sebagai tempat untuk bermanja manja, meluah rasa, mereka jadi orang yang memendam rasa, apabila sunyi mereka bicara berdua dengan anak dalam kandungan.
Bicara bicara sayu mengetar jiwa raga, kedengaran apabila malam menjelma. Waktu siang kita boleh lihat bicara mata mereka yang kerinduan pada keluargà dan orang orang disayang. Apakan daya mereka tidak berupaya. Bukan semua memahami keadaan mereka, kehendak mereka yang susah payah dan sukar membawa perut ke sana sini.
Keadaan ini membuat mereka sayang pada anak dalam kandungan. Tujuan keluarga menghantar mereka ke rumah perlindungan agar mereka dibimbing untuk bertaubat dan berubah. Tetapi lain pula yang mereka rasa. Dalam keadaan sukar, payah mereka sendirian, jauh dari keluarga, dan ini membuat mereka rasa terbuang. Tujuan keluarga agar mereka insaf, serik dan berubah. Selepas ini tidak lagi terjebak dan tersasar oleh hasutan syaitan iblis.

Sebaik anak lahir, anak diletakkan didada mereka, fitrah semulajadi Allah hadirkan kasih sayang

Dan apabila mula sakit sakit, ada tanda nak beranak, naluri dan fitrah mahu orang disayang berada disamping mereka. Betapa azab emosi dan rasa yang mereka lalui. Sebaik anak lahir, anak diletakan didada mereka, fitrah semulajadi Allah hadirkan kasih sayang kepada anak. Mereka ingin berkongsi kegembiraan selamat melahirkan anak dengan orang disayang. Namun semua itu cuma angan angan. Selepas melahirkan betapa payah dan susah berjaga, menjaga anak yang baru lahir dengan kudrat yang ada. Mereka kena berusaha sendiri untuk bangun mengurus diri dan anak.
Inilah pengajaran dan pelajaran. Sekiranya yang insaf dan sedar, mereka berusaha menjauhkan diri dari maksiat, mencari ilmu dan menjaga amalan supaya Allah memandang mereka dengan pandangan keampunan dan menerima taubat mereka.
Namun…ada yang menerima zuriat dan ada yang menafikan hak nasab. Sekali lagi ibu terpaksa melalui kegetiran emosi, rasa dan jiwa apabila anak itu dipaksa menyerahkan kepada keluarga angkat. Kebanyakkan ibu bapa menyokong anak itu diplihara sendiri dengan bantuan keluarga lainnya terutama kakak atau abang , paling tidak emak saudara menumpangkan sementara di rumah mereka selepas keluar dari Baitus Solehah. Ada juga yang membuat lakonan, dengan skrip drama swasta. Samada anak pulang dulu atau ibu pulang dulu. Skrip ini direka awal awal, dengan bercerita kepada saudara mara dan jiran tetangga ingin mencari anak angkat yang baru lahir. Jadi apabil bayi dibawa pulang dahulu, dihebahkanlah bahawa sudah dapat anak angkat. Dibuat kenduri doa selamat dan majlis cukur rambut bagi meraikan kehadiran anak angkat yang masih bayi.

Kerana maruah & ketaatan kepada keluarga, anak terpaksa ditinggalkan

Ada juga setengah ibu bapa berpindah rumah kekawasan baru, berjiran baru. Dikawasan rumah baru, jiran belum kenal dan tahu hal hal keluarga, jadi bila bawa pulang ibu dan bayi seseolah, anak itu sudah berkahwin dan pulang berpantang di rumah ibu. Suaminya kerja luar dan tidak sempat menguruskan isteri baru beranak. Lihat betapa payah, bukan sahaja diri sendiri tetapi keluarga yang terpaksa berlakon dan berbohong.
Sedarlah semua menyelamatkan ummah bukan tugas individu, semua pihak perlu mengambil peranan, dengan mengambil berat hal jiran, bertanya khabar , berziarah sekiranya lama tidak kelihatan.
Sebelum ini, sungguh sayu melihat apabila emak dan ayah yang datang hanya mahu membawa anak mereka saja dan bayi dipaksa ditinggalkan. Sekali anak diuji, jiwa raga dan emosi…antara anak atau emak? Nenek yang datang, usahkan nak memeluk, menyentuh, tengok pun taknak. Kasihan… Bayi tu langsung tidak bersalah, tidak ada kena mengena dengan dosa ibu ayahnyà, tetapi tidak mendapat hak untuk dipeluk, dikasihi dari keluarga kandung.
Petang tadi pun begitu, kerana maruah keluarga lebih utama, ketaatan kepada ibu bapa, bayi yang berusia satu bulan ini dipaksa tinggal di Baitus Solehah. Ketika ibunya mahu berangkat, menciumnya, terbit air dipenjuru mata. Meleleh perlahan lahan walaupun sedang tidor. Bayi ini sedar, dia tidak dibawa pulang bersama ibu, maka terputuslah air susu dia dengan ibunya. Sebulan bayi ini dibelai sayang dan kasih oleh ibunya, sepenuh penyusuan susu ibu, tiba hari ini dia terpaksa dipisahkan. Ibu dibawa pergi oleh nenek pulang ke rumah. Alangkah hiba apabila mengetahui keadaan sebenar.

Tak berupaya menyedarkan mereka yang sangat berpegang kepada apa orang kata

Saya pun tidak berupaya menyedarkan mereka yang sangat berpegang apa orang kata, nak letak maruah ni kat mana. Saya sangat malu, macamana nak sorok pipi, rasa muka disalut taik lembu. Kalau dah gitu, berlakon tak mahu, takde daya upaya nak memaksa pelihara cucu sendiri.
Akhirnya berpisahlah ibu dan anak. “Jika kau sayang anak, begitulah ibu juga, sangat sayangkan kau.” Si anak kembali ke rumah keluarga tanpa bayi yang sangat dikasihi.
“Kau baru satu bulan dah rasa sangat sayang pada anak, emak ini dah 20 tahun mengasuh engkau, bandingkanlah banyak mana kasih sayang emak kepada engkau.” Sambil mengesat air mata dengan hujung lengan baju.
La haw lawala quwata illah billah….
#Jangan tanya tentang anak angkat dan penyerahan anak angkat. Tertutup pertanyaan itu, dan tidak mahu dijawap lagi. Tidak perlu tanya tentang permohonan anak angkat tambah tambah bila ayat soalan “ada tak ibu yang tak nak anaknya, boleh hubungi saya” Soalan begini saya reject terus untuk mencalonkan sebagai keluarga angkat.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.