Header Ads

Ulama terkenal, Tok Ayah Mat Lundang Paku berusia 110 tahun meninggal dunia awal pagi tadi



KOTA BHARU: Ulama terkenal, Tok Ayah Mat Lundang Paku atau nama sebenarnya Mamat Awang Noh, berusia 110 tahun meninggal dunia awal pagi tadi. Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 4.45 pagi tadi, 

akibat sakit tua selepas tujuh tahun terlantar di katil akibat patah peha. Beliau meninggalkan isteri, Ramlah Abd Majid, 74 tahun dan tidak mempunyai anak. Allahyarham dikebumikan di Madrasah As-Saadiah Kampung Paya Zaman Lundang Paku jam 9.30 pagi tadi bersebelahan dengan kubur gurunya yang dikenali sebagai Tok Ayah Said. 

Allahyarham mempunyai ribuan anak murid dan terkenal dalam bab pengajian ilmu tauhid. Ketika hayatnya, Allahyarham juga beberapa kali ke Makkah untuk menunaikan haji dan pernah menuntut ilmu dengan ulama terkenal, Tok Kenali, ketika beliau masih muda.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.