Header Ads

Wanita benafsu makan rambut, segumpal bebola rambut sebesar buah tembikai di dalam perutnya.



London: Selepas pemeriksaan gagal untuk memastikan punca perut seorang wanita membesar, hilang selera makan dan sering muntah, doktor mengambil keputusan menjalankan pembedahan.

Dan mereka terkejut apabila menemui puncanya - segumpal bebola rambut sebesar buah tembikai di dalam perutnya.

Wanita berusia 38 tahun itu disahkan menghidap sindrom Rapunzel - keadaan yang amat jarang berlaku.

Ia dikaitkan dengan trichotillomania - membabitkan pesakit yang tidak dapat mengawal tabiat mencabut rambut, dan trichophagia, nafsu untuk memakannya.

Tabiatnya itu menyebabkan rambut itu terkumpul di dalam perutnya dan sebahagian lagi di dalam usus.

Kes itu didedahkan di dalam edisi terbaru Jurnal Perubatan Britain (BMJ).

Ia bagaimanapun tidak menyebut identiti pesakit atau tempat kejadian. - Agensi


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.