Header Ads

Selepas Sembuh Dari Barah Otak, Budak 11 Tahun Bunuh Diri





SEORANG budak perempuan berusia 11 tahun yang telah sembuh daripada penyakit kanser otak, telah meninggal dunia dalam keadaan tragis dengan menembak dirinya sendiri akibat dibuli di sekolah.

Bethany Thompson, membunuh diri di rumahnya di Ohio. Namun setakat ini tidak diketahui siapa pemilik senjata tersebut.

“Saya rasa dia sudah putus asa. Dia tidak rasa ada sesiapa pun yang boleh membantunya,’’ kata ibunya, Wendy Feucht.

Menurut ibunya, Bethany telah memberitahu rakan sekolahnya bahawa dia sangat menyayangi rakannya itu tetapi dia mahu membunuh diri.

Rakannya itu juga memaklumkan sebelum ini bahawa Bethany sering dibuli dan diejek oleh rakan sekolah yang lain.

Bethany dikesan menghidap tumor dalam otak pada 2008 dan tumor terbabit berjaya dikeluarkan.

Ibunya berkata, beberapa rakan sekolahnya menyedari mengenai penyakit Bethany itu dan mengakibatkan dia dibuli.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berkuasa berkata, tiada bukti wujud kes buli di sekolahnya setakat ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.