Header Ads

14 Dari 30 Penumpang Bas Maut, Dipercayai Pandu Laju Punca Nahas Kemalangan




BAS dipandu terlalu laju dipercayai penyebab punca nahas kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Kampung Jayor, Muar, awal pagi tadi.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati nahas itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, “Hasil siasatan awal, kami percaya bas ekspres Alisan Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur itu terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek.”

“Ia kemudian melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor.

“Akibat hentakan kuat itu, 14 daripada 30 penumpang serta pemandu bas berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini,” katanya.

Menurut Azman lagi, kesemua mangsa yang maut adalah mereka yang duduk di bahagian hadapan bas berkenaan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.