Header Ads

Semoga Syurga Tempat Kau – Adik TPM Meninggal Dunia, Ini Luahan Sayu Amy Search




Adik bongsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri Haji Ahmad Tarmidzi@Hamidi, meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Arwah yang lebih dikenali sebagai Adik Nanang seorang ‘down syndrome’ merupakan peminat setia Amy Search. Arwah hanya akan menyanyikan lagu Isabella sahaja. Amy Search di laman Instagramnya mengucapkan takziah melalui video kenangan bersama arwah ini. Sebak…


‘Aku bisik di telinganya yang aku datang & aku lagukan lagu indah kegemaran Nanang’




InsyaAllah syurga tempatmu Lek Nanang

Terima kasih @akuamysearch kerana sudi membahagiakan Lek Nanang. Lek Nanang adalah anugerah terindah Allah buat keluarga Hamidi. Sebagai anak dan adik bongsu, arwah amat disayangi oleh Abang2 n Kakak2 beliau. Arwah sangat meminati Abang Amy dan hanya akan menyanyikan lagi Isabella. Sebagai seorang ‘down syndrome’ yg tidak mengerti apa2 tentang kehidupan, inshaa Allah syurga tempat mu Lek Nanang. Al Fatihah.





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.