Header Ads

Ungku Hariz Tidak Kisah Dilabel Tumpang Populariti Bini (Jihan Muse)




PENGLIBATAN pelakon Ungku Hariz yang juga suami kepada Jihan Muse dalam industri seni tanah air tidaklah segah isterinya yang mana dilihat lebih memuncak popularitinya.

Menerusi portal hiburan tempatan, pelakon berusia 31 tahun itu didakwa menumpang populariti isterinya untuk dikenali di dalam dunia seni tempatan.

“Saya menganggap ini semua rezeki Allah, cuma rezeki Jihan orang terus nampak. Saya ini lebih kurang menumpang populariti Jihan serta orang pun memikirkan begitu juga. Saya tak kisah andai itu yang mereka fikirkan,” katanya kepada Media Hiburan.


Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini juga menjelaskan penglibatannya di dalam industri tempatan adalah untuk menunjukkan bakat dan minatnya terhadap seni lakonan.

“Saya tahu keadaan saya di dalam industri macam mana, penglibatan saya pun adalah untuk menunjukkan bakat saya dan melakukan apa yang saya suka seperti berlakon. Begitu juga dengan Jihan, Allah berikan rezeki dengan jalan yang lebih mudah,” katanya lagi. 

Begitulah lumrah dunia artis, ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata. Mulut manusia memang susah untuk diam dari bercakap benda-benda yang buruk.

Apa-apa pun, diharapkan agar Ungku Hariz terus melangkah ke hadapan dan tunjuk kepada mereka kemampuan yang dimiliki untuk dikenali seperti isterinya, Jihan Muse. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.