Header Ads

5 Cara Mudah Menghalau Serangga Tanpa Bahan Kimia




cakap tentang serangga, pasti anda sering terganggu dengan kehadiran dan gangguan mereka di rumah. Pasti serangga seperti nyamuk, lalat dan semut antara serangga yang sangat menggaggu. Untuk menghalau serangga, anda tidak lagi perlu menggunakan bahan kimia yang membahayakan. Dengan cara mudah ini sahaja, anda juga boleh menghalau serangga yang menceroboh rumah anda.

Pokok kemangi

Anda boleh gunakan pokok kemangi untuk menghalau serangga, sekaligus dijadikan sebagai hiasan. Letakkan pokok kemangi di dalam botol kecil berisi air, dan hias dengan cantik. Pokok ini sering digunakan untuk menghalau serangga kerana baunya.

Serbuk kopi

Anda juga boleh menggunakan serbuk kopi. Caranya, letakkan serbuk kopi di pinggan dan bakar dengan api hingga membara dan berasap. Asap daripada kopi tersebut akan membuatkan serangga mabuk.

Tuna

Cara ini anda boleh gunakan sekiranya anda sedang mengadakan majlis. Pasti anda tidak inginkan serangga mengganggu makanan yang anda sediakan untuk para tetamu anda. Mudah sahaja, buka tuna dalam tin dan letakkan di kawasan yang tiada orang. Serangga akan datang ke tuna tersebut kerana baunya yang kuat.

Kipas angin


Pasangkan kipas angin, dan serangga akan terbang jauh. Nyamuk adalah haiwan terbang yang sangat lemah. Pasti nyamuk tidak dapat menggigit anda, jika kipas angin terlebih dahulu menghalaunya.

Gula dan garam

Rendam kapas dalam larutan yang diperbuat daripada air, garam, dan gula. Campuran tersebut akan memikat serangga, dan membunuhnya. Jauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan anda.

Diharap tips atau petua ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Selamat mencuba!



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.