Header Ads

Kakitangan White House Beragama Islam Letak Jawatan Sebab Tak Tahan Dengan Trump




Tamparan buat Donald Trump yang kebelakangan ini hebat dikecam oleh masyarakat dunia khususnya di kalangan muslim.

Memetik laporan The Hill, bekas kakitangan Majlis Keselamatan Negara (NSC) yang beragama Islam, Rumana Ahmed telah meletakkan jawatan selepas lapan hari bekerja di White House.

Dilaporkan tindakan itu dilakukan selepas tidak tahan dengan pentadbiran Donald Trump yang membuat arahan eksekutif supaya umat Islam dari tujuh negara dilarang memasuki Amerika Syarikat.

“Saya sedar saya tak boleh bekerja lebih lama di bawah pentadbiran yang menilai saya dan orang seperti saya bukan sebagai rakyat tetapi sebagai ancaman.” 

Pada 27 Januari lalu, Trump telah menandatangan satu arahan eksekutif yang melarang kemasukan umat Islam dari tujuh negara termasuk pelarian dari Syria.

Arahan itu mendapat tentangan daripada pihak mahkamah. Rumana Ahmad adalah anak seorang pendatang dari Bangladesh. Dia diterima bekerja di White House pada tahun 2011 setelah menamatkan pengajian di George Washington University.

Dia bertugas sebagai penasihat jawatankuasa Muslim American Outreach kelolaan NSC. Sebagai wanita tunggal yang memakai hijab di White House, Rumana menyifatkan pentadbiran Presiden lama, Obama menyebabkannya rasa diterima.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.