Header Ads

Penyanyi Rock Sado Cipta Lagu Ini Buat Isteri Sebelum Di Sahkan Bakal Mati




Bayangkan jika satu hari, doktor mengesahkan bahawa tubuh kita telah dijangkiti kanser dan hanya tinggal beberapa bulan saja untuk hidup. Apa yang akan kita buat? Putus asa dan hanya menunggu mati? Buat perkara yang ingin dibuat? atau melawan penyakit tersebut dengan semangat yang tinggi. 

Penyakit kanser sememangnya menghantui perjalanan hidup mereka dari pelbagai aspek kehidupan. Ada di antara mereka yang begitu terkesan sehingga menimbulkan tekanan, kemurungan dan meruntuhkan semangat mereka untuk hidup seperti biasa. 

Meskipun begitu, kanser bukanlah pengakhiran kepada sebuah kehidupan. Inilah yang terjadi kepada Zack Rockstar yang menghidapi penyakit kanser hati yang juga telah meragut nyawa bapanya suatu ketika dulu. Doktor telah mengesahkan beliau menghidapi kanser hati dan hanya ada beberapa bulan sahaja untuk hidup. 

Selepas mendengar berita itu, beliau merahsiakan perkara tersebut daripada isterinya kerana tidak mahu isterinya terkesan dengan penyakitnya itu. Beliau akan berlagak seperti sediakala walaupun hakikatnya beliau sedang kesakitan.

Mengenangkan beliau cuma ada beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup, Zack telah mencipta sebuah lagu khas untuk isterinya. 

kenanglah aku di dalam doamu 

hingga kita bertemu lagi nanti

kau dalam ingatanku buat selamanya

lupakan semua kisah duka dirimu oh sayang

Antara bait-bait lirik lagu yang ditulis oleh Zack untuk isterinya agak menyayat hati jika diselami kesedihan kerana mengetahui beliau cuma ada sedikit sahaja masa untuk meluangkan masa bersama isteri tersayang.

Beliau terus berazam untuk terus melawan penyakit yang dihidapi beliau. Ketika berada di dalam wad beliau ditempatkan dalam wad yang dipenuhi dengan pesakit kanser dan meminta izin untuk dipindahkan ke bilik persendirian namun ketika itu kesemua bilik persendirian telah penuh. Dalam bilik tersebut seorang demi seorang telah meninggal dunia akibat kanser.



Zack memutuskan untuk membina badan di gym kerana ketika itu beliau agak kurus. Dengan rejim senaman yang serius dan mengamalkan diet pemakanan yang ketat beliau berjaya melawan kanser hati tersebut. 

Doktor yang merawat beliau agak terkejut kerana sebelum pembedahan kadar bacaan kuning telah menurun dari 300 turun ke 200 dan pembedahan tersebut ditangguhkan dan seterusnya beliau berjaya mengurangkan lagi kepada 100. 

Atas kecekalan dan semangat juang yang tinggi, Dengan izin Allah akhirnya beliau pulih dari kanser hati tersebut. Kisah beliau ini sebenarnya memberi inspirasi kepada pesakit-pesakit kanser hati bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini.

Jom dengar lagu yang dibuat khas untuk isteri beliau.

Aktiviti Seni: 

Zack sangat rapat dengan band rock Qiara dan seringkali menjadi penyanyi undangan dan gantian persembahan pentas Qiara. Antara lagu-lagu popular yang sering beliau nyanyikan adalah Hanya Padamu, Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi, Menyesal dan banyak lagi. Zack juga pernah disebut-sebut sebagai penyanyi Qiara. Malah beliau juga pernah menjadi pengurus Qiara sebelum menerbitkan album sendiri bersama Madratts Records.


Zack juga pernah terlibat dengan konsert-konsert amal sama ada bersama band atau secara solo. Beliau juga telah menubuhkan band The Sometimes Group Steel gabungan antara band Paduka Ayahanda Rani Kulup dan Steel. Mereka pernah membuat persembahan di konsert kugiran di Dataran Shah Alam. 

Baru-baru ini Zack muncul secara langsung di TV1 bersama band Steel dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia serta TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini. Zack juga pernah menjadi artis pembukaan konsert Rockstage 2017 bersama band Amuk, May dan Sofea. Zack bukan baru dalam industri muzik malah turut dikenali oleh artis-artis rock lagenda yang lain.



Kerja seni Zack bukan sahaja sebagai penyanyi, penulis lirik dan penggubah lagu malah beliau pernah berlakon, mengacara dan juga model majalah serta duta produk. Beliau juga pernah menjadi juri pertandingan nyanyian. 

Mempunyai susuk tubuh yang sasa, rupa paras yang menarik, imej rock tersendiri serta vocal yang unik menjadikan Zack dikenali di kalangan peminatnya sebagai ikon rock generasi baru. Harapan Zack melalui lagu "Selamat Hari Lahir" ini mampu meletakkan beliau sebaris dengan artis-artis terkini selain ingin mewarnai lagu-lagu irama rock.


Anda boleh ikuti Zack menerusi media sosial beliau: 







No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.