Header Ads

18 Orang Jatuh Terguling Dari Atas Eskalator Terpanjang Tiba-Tiba Berhenti Dan Bergerak Ke Belakang




Sekurang-kurangnya 17 orang tercedera dan dua cedera parah apabila eskalator di sebuah pusat beli belah berhenti secara tiba-tiba. Akibat mengalami masalah teknikal itu ramai pengunjung terjatuh akibat hilang keseimbangan. 

Kejadian yang berlaku di Langham Place di Mong Kok, Hong Kong kira-kira 4 petang semalam, sebuah tangga yang paling panjang di pusat beli belah tiba-tiba berhenti dan bergerak ke belakang.

Ramai pengunjung jatuh terguling akibat hilang keseimbangan sehingga berlaku situasi orang saling bertindih antara satu sama lain di bahagian bawah eskalator. 

Menurut laporan Tong Wang HK, ketika kejadian, sebelah kiri eskalator yang naik ke atas, tiba-tiba bergerak ke belakang dengan laju berbanding kelajuan yang biasa.

Keadaan menjadi kelam kabut dan kedengaran mangsa menjerit akibat ketakutan.

Pihak pengurusan pusat beli belah tersebut memaklumkan dua hari lepas, eskalator berkenaan baru saja menjalani pemeriksaan dan disahkan semuanya dalam keadaan sempurna. 

Punca masalah yang berlaku pada eskalator itu masih dalam siasatan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.