Aksi Jijik Lelaki Onani Dan Pancut Belakang Wanita Dirakam Dalam CCTV Lif Pangsapuri
Pada 16 Mac yang lalu, seorang lelaki yang melakukan onani dan melepaskan spermanya pada belakang seorang wanita ketika mereka berdua berada di dalam lif. Kejadian berlaku di Blok E, Apartment Tasik Height berdekatan Bandar Tasik Selatan, Cheras.
Pada hari kejadian, mangsa Nor Azura yang berusia 33 tahun memasuki lif berkenaan kira-kira jam 7.50 pai dan tak lama selepas itu dia mendapati belakang beliau terdapat cecair yang melekit.
Kerana sifat ingin tahu, dia menyentuh cecair berkenaan dan cuba menghidu bau cecair berkenaan. Ketika itu beliau sedar ianya adalah sperma.
Azura yang bekerja di Kementeria Belia dan Sukan telah membuat laporan polis atas kejadian tersebut.
Melalui rakaman CCTV pangsapuri berkenaan, polis berjaya mengesan no pendaftaran kenderaan sebuah lori yang dipandu suspek dan berjaya menangkap suspek dua hari kemudian.
Suspek dikenali sebagai Syahrul Azizi, 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kedai cat. Suspek tinggal di sebuah flat di Bandar Tasik Selatan.
Suspek mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak Rm2,500 namun suspek merayu untuk mengurangkan jumlah tersebut kerana gaji beliau ketika ini cuma Rm1,500. Suspek juga di larang mendekati mangsa.
Post a Comment