Berhenti Rehat Dan Makan Di RnR, Kereta Pula Kena Pecah Masuk
Tiada siapa inginkan kereta mereka dimasuki pencuri. Namun kejadian yang menimpa seorang pengguna lebuhraya Aidil Aman seharusnya dijadikan peringatan kepada pengguna lebuhraya terutama ketika berhenti di RnR.
HATI2 KETIKA BERHENTI DI RNR ‼️
SILA AMBIL PERHATIAN
Tujuan saya adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna lebuhraya yang berhenti rehat di mana2 RnR terutama di waktu malam.
Kejadian berlaku di RnR PAGOH ARAH SELATAN ketika saya dan rakan berhenti untuk berehat dan makan di medan selera kira2 jam 4 pagi.Saya dalam perjalanan pulang ke kampung di JOHOR.
Kereta saya telah dipecah dan 2 beg berisi pakaian,barang2 peribadi,telefon bimbit,wang tunai dan lain2 hilang.Suspek licik kerana Kawasan parking adalah terang berdekatan medan selera dan kereta lain juga ada di kiri dan kanan.Suspek mungkin sudah mmerhati lama sebelum berani melakukannya.
Pihak polis sedang menyiasat kes kejadian kerana bnyak laporan sama diterima yang juga turut melibatkan knderaan lori.
Selain itu,pemilik kenderaan yg sedang nyenyak tdur didalam kereta juga pernah mnjadi sasaran apabila barang hilg tanpa disedari.Tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa akan dilaksanakan‼️
Harap kepada semua lebih berhati2 dan perkara yang sama tak berulang pada orang lain.
Saya serahkan kepada pihak yg berkuasa agar dapat membanteras kes ini agar kawasan awam akan menjdi lebih selamat.saya dan rakan redha dengan apa yang jadi dan berharap ade hikmah yang baik disebaliknya.Insyaallah.aaamin.
Post a Comment