Header Ads

Budak Kecil Cedera Teruk Mangsa Serangan Lelaki Guna Tukul Besi




Seorang lelaki bertindak mencederakan orang awam dengan menggunakan tukul besi di kawasan jalan raya yang bertempat di Wilayah Jiangshu, China kira-kira pada pukul 11.40 pagi Khamis lalu.

Kejadian yang cukup tragik ini membabitkan lima orang yang teruk dicederakan, salah seorang daripada mangsa termasuk budak perempuan yang hanya berusia 5 tahun dan seorang pelajar sekolah menengah. 

Memetik laporan portal on.cc, lelaki berusia 47 tahun itu bercermin mata gelap dan berpakaian jaket kulit yang berwarna hitam, secara tiba-tiba mengelurkan tukul besi dan menyerang pengguna jalan raya, dan dikatakan ramai teruk tercedera akibat tidak sempat melarikan diri. 

Difahamkan, ketika kejadian seorang budak perempuan bersama ibu bapanya kebetulan sedang melalui kawasan itu, ibu bapanya dikatakan cedera di bahagian kepala akibat bertindak melindungi anaknya, namun demikian bahagian kepala budak perempuan itu turut pecah dihentak. 

Setelah terima panggilan orang ramai, pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian untuk menangkap lelaki terbabit yang bukan sahaja tidak meninggalkan dari lokasi kejadian, malah masih kelihatan berada di tempat kejadian dengan gaya yang tenang. 

Dilaporkan, lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana disyaki terlalu mempercayai kata-kata tukang tilik yang memaklumkan bahawa jangka hayatnya tidak melebihi 60 tahun dan dikehendaki mencari pengganti buat dirinya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.