Dari Kelantan Ke KL, Kisah Pakcik Ini Sanggup Jadi Pemandu GrabCar Demi Anak-Anak Jadi Iktibar Untuk Netizen
Minggu lalu, kisah seorang pengguna GrabCar iaitu Rafiqa Rizqin Roslan telah berkongsi pengalaman beliau mengenai seorang pemandu GrabCar di laman sosial.
Gadis yang dikenali dengan panggilan Fiqa sedang menunggu kereta Grab yang ditempah dari LRT Gombak menuju ke Taman Batu Muda. Sampai saja kereta Grab tersebut dia terus terpandang wajah penat pemandu itu.
Fiqa memberi salam kepada pemandu tersebut untuk mengelakkan rasa janggal. Pemandu Grab tersebut berumur dalam lingkungan 60an.
"Sudah berapa lama pak cik bawa GrabCar ni?" tanya Fiqa.
"Sudah lima bulan pakcik menjadi pemandu GrabCar. Sebab pakcik perlukan wang untuk biayai pengajian mereka, maka pakcik datang ke Kuala Lumpur."
"Jika ada pelancong yang naik, lebih rasa seram sejuk kerana pakcik bukan boleh sangat berbahasa Inggeris. Tapi semuanya pakcik telan, pakcik tahan sebab fikir rezeki ini rezeki halal untuk pakcik tanggung isteri dan anak-anak yang masih memerlukan. Jika pakcik orang senang, pakcik tak akan buat pekerjaan ini," jelasnya lagi.
Pak cik tersebut dikenali dengan nama Badruliksan memberitahu gadis itu bahawa beliau bekerja sebagai pemandu Grab untuk membiayai yuran pengajian anaknya di universiti.
Yuran tersebut agak tinggi sehingga mencecah RM37,000 setahun. Difahamkan anak-anak beliau kini sedang belajar di Mesir tetapi tidak mendapat sebarang tajaan ataupun biasiswa menyebabkan beliau terpaksa bekerja walaupun usia telah lanjut.
Pakcik itu menambah beliau sering berulang dari Kelantan ke KL dua kali seminggu untuk mencari rezeki.
Beliau juga akan bertanya kepada pelajar-pelajar universiti yang dikenali beliau jika mereka ingin pulang ke kampung di Kelantan, mereka boleh ikutnya pulang sekali. Beliau sekalipun tidak pernah mengenakan caj kepada pelajar yang ingin pulang ke Kelantan bersamanya.
Tujuan Fiqa berkongsi kisah tersebut adalah kerana tersentuh hati dengan pengorbanan seorang ayah yang tidak kenal erti penat lelah semata-mata untuk anak-anaknya meneruskan pengajian.
Post a Comment