Ini Pengalaman Aku Dapat "Jackpot" Ketika Pandu Uber
Banyak sebenarnya pengalaman aku semasa bawak UBER ni.Ada yang pahit ada yang Manis dan ada jugak yang dikatakan 'jackpot'. Boleh dikatakan kenangan 'jackpot' ni jarang jarang sekali driver uber dapat.
Aku antara yang bertuah dapat jackpot ni. Bila sebut pasal jackpot ni, aku ade satu pengalaman yang boleh dikatakan sebagai pengalaman jackpot aku. Pengalaman ini betul-betul terjadi pada diri aku. Kesan daripada pengalaman ini jugak adalah penyebab utama untuk aku kurang memandu UBER pada waktu malam.
Aku balik kerja seperti biasa pada petang jumaat tu. Sampai sahaja kat rumah aku terus bawak anak-anak aku keluar beli makanan."malam ni papa nak buat uber awal sikit, korang jangan nakal nakal ye.." Pesan aku kepada anak-anak aku. Sebelum tu aku dah cakap dengan wife aku pasal nak belikan makanan ngan mainan untuk diaorg. Wife aku pun tahu yang malam ni aku akan turun berUBER awal sikit.
Selesai tanggungjawab aku kat rumah, aku pun start ONLINE uber tepat pukul 9 malam. Keadaan jalan ketika itu "tak la berapa jem sangat". Dari Shah Alam terus ke Subang jaya lansung ke Petaling jaya ikut lebuhraya satu habuk request pun takde. Pelik jugak ketika itu, selalulunya tak sampai 10 minit ONLINE dah ade request.
Aku pun menuju ke arah Bangsar, masuk melalui federal hiway. Setibanya di Bangsar, aku terus masuk parking betul2 di depan Restoran Pelita. Lama aku tunggu request time tu. Belum sempat aku nak cucuh rokok tiba-tiba ada Request masuk. Aku "ACCEPT" request tersebut.
Detail rider pun appear."NAME XXXXXXX : PHONE 01X XXXXXXX : ADDRESS Bukit Bandaraya,Bangsar. Rider adalah seorang perempuan. Untuk tujuan penceritaan dan keselematan dalam cerita ini, aku namakan rider sebagai Miss X. Aku tak boleh dedahkan nama sebenar beliau.hehehehe.
Aku pun menuju ke arah location yang diberikan Miss X. Kalau ikut waze, location Miss X dengan aku dalam 4 kilometer. Sebelum sampai ke rumah Miss X, aku kene call dulu untuk tujuan pengesahan. "Hi Miss X, this is uber driver, I'll be there in 5 minutes". Miss X pun menjawab, "ohh..okay.I'm waiting for you". Terdiam aku seketika, merdu sungguh suara Miss X. Aku cuba bayangkan wajah Miss X ketika itu. "mesti cantik Miss X ni, suara dah la sedap..konpem lawa ni" hati aku berbisik.
Aku tiba di kawasan rumah orang-orang kaya, kawasan elit di Bukit Bandaraya. Kiri kanan jalan aku perhatikan rumah banglo besar. Waze aku berbunyi "you have reached your destination".
Aku toleh ke kiri dan perasan satu Banglo 3 tingkat yg sangat besar. Aku berhenti betul2 depan pagar. Aku nampak seorang pengawal keselamatan berbangsa melayu di situ. "Bang..saya driver Uber ni..saya nak pick up Miss X". "Haa..masuk2..DATIN dah tunggu".
"Erkk..DATIN!!!" terkezut aku.. Terus aku bayangkan yang indah2 time tu. Seronoknye tak terkata. Maklumlah, dapat bawak Datin.Hehehehe. Rupa-rupanya Miss X itu adalah Datin X. Tak sabar rasanye nak bukakan pintu untuk Datin.
Aku pun sampai di perkarangan lobi rumah Datin X. Belum sempat aku adjust tuck in baju aku tiba-tiba kelibat Datin X keluar dari pintu utama rumah beliau. Tercengang aku seketika melihat kejelitaan Datin X ketika itu. Muka Datin X iras2 Che Ta. Rambut color light gold dan lengkap memakai dress bewarna purple light.
Rasa nak meleleh air liur aku time tu. Dari jauh Datin X dah belanja senyuman manis beliau kat aku. Aku dengan machonye mempelawa Datin X masuk ke dalam kereta aku. Time tu aku memang dah standby bukak pintu belakang."No..no..no..I nak duduk depan".Perghhh!! jarang rider aku nak duduk depan ni. Aku bukak pintu depan pelan2 untuk Datin X. Harum sungguh wangian Datin ketika tu. Berdebar rasenye hati aku nak drive time tu.
Aku memulakan perjalanan."u tau kan i nak pegi mane?soal Datin. Aku pun terus jawab"Sunway Pyramid kan"..."a ah...u rase sempat tak sampai sebelum pukul 10??.Datin X bertanya kepada aku.."InsyaaAllah sempat datin..skang ni pun baru 9.35..jalan pun clear je tadi..jangan risau yer" .
Aku jawab dengan tonation jamal jamaludin..hahahaha..Datin senyum sambil mengeluarkan lesung pipit di sebelah pipi kiri beliau. Aku hanya diam di permulaan seperti speechless sekejap. Macam2 Datin tanya aku time tu. Datin X memamg ramah orangnya. Sembang punye sembang, tiba2 Datin received satu panggilan daripada rakan beliau. Datin X jawab macam biase je.
Aku pun dapat mendengar perbualan yg mereka sembangkan. Sedang rancak Datin X berbual dengan kawan beliau di telefon tiba2...."F#$@$**!$%*kk mother father a#$!%^&!!!". Datin X menjerit sekuat kuatnye pade perbualan diantara beliau dan rakan beliau. Sempat jugak aku curi2 dengar tadi. Apa yang aku dengar adalah perkataan "tak jadi" dan "last minit buat cancellation". Datin X terus merampus dengan carutan tak henti2 pada perbualannye.
Di akhir2 perbualan, Datin X terus campak iphone beliau ke dashboard kereta aku. Dalam keadaan terkejut aku pun tanye.."are you okay Datin?...anything that i can help you?"....Parppp!!!!!Datin terus menoleh tepat ke arah mata aku dan bertanya "you drive uber sampai pukul berapa malam ni?".
Aku agak terkejut dengan soalan macam tu. Aku pun jawap "bergantung pada keadaan mata Datin, selalunya pukul tiga empat pagi baru balik". Datin terus jawab"you temankan i boleh, i dah book bilik karaoke kat sunway tu, dah bayar dah semua, my friend tak jadi nak karaoke..last minute baru bagitau..memang sial la budak tu!!i dah siap2 pakai camni..pastu dah bayar bilik..last2 dia bgtau tak dapat datang pulak...tak gune la Jantan tu!".
Terkejut besar aku dengan offer macam tu. Tergagap aku menjawap "errr...err.err bole kot Datin, tapi tak bole la lewat sangat, esok pagi saya nak drive ke KLIA". "Haa..ok la tu..i pun tak nak lewat sangat. Pukul 4 pagi tu dah kira maksimum, i bayar RM500 cukup kan?". Datin offer RM500 kat aku. Masa tu aku terdiam mengangguk setuju. Dalam kepala aku time tu, macam2 yang aku pikir..Ini yang dikatakan pengalaman "Jackpot!" aku.
Okay! aku stop sampai sini dulu. Sambungan cerita "Datin X dan Aku" akan disambung lagi.
Oleh Sulaieman Akhlakenn
Post a Comment