"Jangan Bersikap Pilih Kasih, Layanan Tu Tolong Bagi Sama Rata"
Ayah aku ni anak sulung, mesti korang fikir anak sulung ni menjadi dambaan parents kan. Totally wrong k. Selalunya bila family aku balik kampung, nenek aku mesti akan tanya makcik A tak balik ke? Kenapa tak tumpangkan family dye balik?
Masa nenek aku tanya tuu kiteorang tak masuk rumah lagi still lagi kat depan pintu. Wei lek laa penat penat balik nie ke yang keluarga aku dapat. Niat nak melawat nenek aku terus jadi mood swing do.
Pastu aku nampak reaction bapak aku ni macam sedih je muka dia. Haih kesianya walaupun dye tak luah tapi sebagai anak aku tetap tahu. Pastu bila time makan, nenek aku masak lauk biasa biasa je. Macam orang takde mood nak masak.
Kalau mak cik aku balik meriah kot dengan beli satay nya masak lauk sedap sedapnya. Pastu mula la nak marah je kerjanya. Nenek aku nie suka perlekehkan aku. Macam macam laa. Korang jangan fikir aku hati tisu pulak tapi jauh dalam sudut hati aku nie sedih bila berlakunya pilih kasih dalam hal ni. Tapi aku dah kebalkan hati even bila jadi pun aku tetap nangis. Haha k merepek.
Secondly pasal bab belajar pulak. Aku ingat lagi dulu. Cikgu cikgu mesti ada anak murid kesayangan dia sendiri kan? Yes, tapi aku bukan salah seorangnya hahaa. Aku ingat lagi time aku tengah buat graf, cikgu aku bagi latihan, so dia nak tengok jugak time tuu kiteorang semua buat macam mana.
Pastu dia round round time kat meja kiteorang boleh pulak dia herdik ‘ terhegeh hegeh nak buat’ and ada laa ayat lagi yang aku sendiri malu nak ingat. Tapi bila time murid sorang nie, boleh pulak cakap elok elok ‘ awak tak faham yang mana, nak cikgu ajar yang mana’ pastu dia ajar laa dengan nada lembut.
Pfft aku berasap je dengar padahal aku pun tak tahu jugak. Sama jugak masa kelas subjek cikgu lain, latihan yang dia bagi tuu aku salah buat, tapi dia boleh jerit kat aku dekat aku ‘buat balik’ pastu jegil mata. Rileks laa ramai je yang salah. Bila time bagi kertas exam, sampai turn aku cikgu aku tu boleh pulak cakap ‘ suka dapat macam ni? Pandang muka saya’ weh mana ada aku senyum .
Aku tunduk malu je weh. Tapi bila turn orang lain boleh pulak gelak gelak. Dia tersenyum pun cikgu cakap tak boleh saya tengok senyuman awak ni. Pastu gelak. Haihh. Aku ni bukan budak out spoken pun. Biasa biasa je. Bila perlu je tanya cikgu. Tuu pun takut takut.
Pastu aku selalu jugak terfikir, nanti aku kahwin mesti suami aku pun buat macam tu. Nanti bila kat keluarga mertua pun of course aku bukan jadi yang feveret or kesayangan. Korang jangan salah faham dulu ingat aku nak perhatian.
Tapi aku nak jugak rasa kasih sayang dari orang sekeliling. Nak jugak rasa adil. Betul la yang bila kita takde duit, kita bukan orang yang disayangi. Aku tahu keluarga aku biasa biasa je..takde benda yang menarik nak dibanggakan. Ok nangis.
Kadang aku kesian dengan life aku ni. Terdetik kat hati aku ni kenapa jadi macam ni. Bukan tak bersyukur or nak pertikaikan aturan Allah. Tapi kenapa aku selalu disisihkan and senang je nak dipinggirkan.
Kenapa aku tak pernah menjadi keutamaan atau feveret seseorang. Mungkin muka aku ni memang senang nak disisihkan kot. Family aku pun sama. Bila jadi macam ni kesan dia tuu menjadikan seseorang tuu low confident, banyak sangat berfikir apa orang cakap, rendah diri, penakut and tak berani. Aku tahu laa aku biasa biasa sahaja and tak cantik tak putih kulit sawo matang jer tapi layanan tuu please laa bagi sama rata.
Post a Comment