Header Ads

"Kamu Tak Mampu Nak Bayar, Kamu Miskin" Pesakit Terkejut Doktor Klinik Biadap Jadi Viral Di Media Sosial




Awal minggu ini, seorang wanita berasa tidak sihat dan memutuskan untuk pergi ke klinik yang terkenal di Bandar Puncak Jalil. 

Malangnya, wanita itu menghadapai satu pengalaman buruk dengan kakitangan klinik berkenaan dan memutuskan untuk berkongsi kisahnya di laman Facebook.

Dalam status tersebut, Lim pergi ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan menjelaskan tanda-tanda yang dihidapi kepada doktor yang bertugas. Doktor berkenaan memberitahu dia berkemungkinan mempunyai demam denggi. 

Doktor tersebut menjelaskan bahawa mereka memerlukan sampel darah wanita berkenaan untuk mengesahkan diagnosis dan wanita berkenaan bersetuju untuk darahnya diambil. 

Namun, setelah 3 kali mencuba doktor itu gagal mengambil darahnya kerana tidak berjaya mencari urat wanita berkenaan. 

Lim bertambah keliru apabila doktor tersebut memutuskan bahawa dia tidak mempunyai denggi setelah gagal mengambil darah malah doktor tersebut menasihatkan Lim supaya mendapatkan suntikan selsema yang dipersetujui oleh Lim. 

Setelah rawatan berakhir, dia menunggu di luar dan kakitangan klinik memanggil wanita itu untuk memberi ubat. Selalunya, syarikat dimana wanita itu bekerja telah menyediakan kad insurans dimana dia tidak perlu membuat apa-apa bayaran di kaunter.


Namun, kakitangan tersebut tidak menyedari akan kelebihan tersebut dan meminta Lim untuk membayar RM150. Kakitangan klinik tersebut kemudian bertanya kepada doktor yang bertugas dan doktor tersebut menganggap Lim tidak mahu bayar caj rawatan manakala Lim pula menganggap doktor tersebut seharusnya memberitahu bahawa rawatan tersebut perlu dibayar atau tidak. 

Doktor tersebut menjelaskan bahawa vaksin atau vitamin tidak dilindung oleh insurans. Lim pula tidak tahu suntikan selsema yang diberi tadi adalah vaksin. 

Doktor itu kemudian dengan biadap berkata :

"Tidak mengapa, Saya tahu kamu tak mampu untuk bayar. Kamu miskin. Saya tahu. Tak mengapa, kamu boleh keluar tanpa perlu membayar. Saya akan laporkan kepada syarikat kamu"

Wanita itu agak terkejut dan marah namun dia segera membayar caj rawatan tersebut. Lim berkata beliau bimbang dengan etika doktor terbabit dan menyeru orang awam supaya berhati-hati apabila pergi ke klinik berkenaan. 

Lim juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan komunikasi dengan doktor jelas supaya tidak berlaku salah faham seperti yang di alaminya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.