Header Ads

Teguran Pemuda Ini Untuk Mereka Yang Nak Berkahwin "Grand"




Perkahwinan bukanlah perkara yang harus dipandang mudah. Seringkali kita baca bahawa pasangan pengantin membuat majlis secara besar-besaran namun akhirnya akan dibebani dengan hutang. 

Perkongsian dari saudara Asrul Muzaffar ini sedikit sebanyak boleh membuka mata kita kerana kadang-kadang majlis perkahwinan dibuat secara besar-besaran kerana terlalu mengambil berat tentang "apa orang kata". Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Orang Melayu ni kadang kadang bangsa yang pelik. Sanggup bergolok bergadai berhutang menjemput 1,000 tetamu ke majlis perkahwinan padahal cuma mampu untuk jemput tak sampai 300 orang.

Kalau mampu jemput 300, jemputlah 300. Sunnah buat jamuan (ada ulama mengatakan wajib) tapi mengikut kemampuan. Wajib menghebahkan perkahwinan tersebut tapi di zaman media sosial ini, hebahan melalui Facebook, Twitter atau Instagram sudah lebih dari cukup.

Objektif utama majlis perkahwinan ialah ijab kabul. Bukannya beri orang makan. Setakat nak pahala beri orang makan, belanja saya Lauktwoyou Resources delivery untuk seminggu pun boleh dapat pahala.

Kegunaan media sosial bukannya sekadar bergosip, pos gambar makanan, selfie, tengok porno atau share video kucing.

Buat majlis kahwin bagai nak rak. Kononnya tak mahu makcik pakcik paklang maksu mekyah meknab kecil hati. Kemudian lepas majlis perkahwinan, pengantin jilat dinding.

Malah minggu ini ramai lelaki single mencemuh bila saya kata kalau kedua duanya sudah bekerja, girlfren harus tinggalkan boyfren jika selepas 3 tahun mereka belum dinikahkan secara sah.

"Mana cukup nak kumpul duit 3 tahun saja? Kena sara mak ayah, bayar hutang PTPTN, belanja sekolah adik beradik, hantar parents pergi haji bla bla bla..."

Tapi dalam 3 tahun tu sanggup pula usung anak dara orang dating peluk cium pegang tangan sana sini. Jaga ikhtilat la sangat.

Tuan Norizan Bin Sharif a.k.a Nobisha adalah Pengarah Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang telah menikahkan dua orang anak dengan bajet sederhana.

Saya memandang tinggi pada Tuan Nobisha kerana ilmu dan pengalamannya membantu ribuan usahawan kecil membangun bisnes hingga berjaya.

Kalau nak minta tips bagaimana merancang bajet dan belanja perkahwinan, mintalah dari beliau. Jangan jadi bodoh sombong 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.