Teman Lelaki Kelar Teman Wanita Kerana Curang
Seorang wanita berusia 25 tahun ditemui mati ditikam teman lelakinya di sebuah bilik sewa di Pusat Komersial Liang Kee hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa ditikam menggunakan pisau di leher oleh suspek berusia 25 tahun dan kejadian berlaku kira-kira pada 3.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek turut mengalami kecederaan parah di badan, dipercayai cuba membunuh diri selepas kejadian itu.
Menurutnya, selepas membunuh wanita terbabit, suspek kemudian meminta bantuan orang awam di kawasan itu untuk menghantarnya ke hospital.
"Orang awam menghubungi polis pada 3.45 pagi berikutan curiga dengan keadaan suspek yang berlumuran darah."
Hasil siasatan, polis mendapati suspek mengaku membunuh teman wanitanya itu kerana mendakwa mangsa curang.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Post a Comment