Header Ads

"Terima Kasih Abang Atas Penderitaan Ini, Terima Kasih Ibu Mertuaku Kerana Penambah Duka Kami"




Saya ibu kepada sepasang anak yang berumur 3 tahun dan 1 tahun. Saya bekerja sebagai kerani di sebuah biro guaman di kuala lumpur, manakala suami pula membuat perniagaan online di rumah menjual pomade secara online dan dropship.

Pendapatan saya setelah ditolak tambah RM1200 sebulan, manakala pendapatan suami untung jual pomade dan upah dropship adalah dalam 5 ke 600 sebulan.Hubungan kami pada awal perkahwinan tiada masalah, sehinggalah anak 2 ni dia mula bersifat dingin pada saya, salah sikit pasti saya dipukul.

Kami menetap di sebuah flat kos rendah.Tidak dinafikan suami saya dlu seorang eksekutif di sebuah syarikat insurans. Beliau juga dari keluarga yang berada. Selepas melahirkan anak sulung, beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja.saya redha jika itu menjadi keputusannya, kami berkahwin pada usia yang muda, pada masa itu saya berusia 22 tahun dan suami 26 tahun.

Saya akui kurang melayannya disebabkan penat yang terlampau, rupa paras dan fizikal saya juga berubah, saya bertambah gemuk selepas melahirkan anak kedua, dan juga disebabkan faktor kemiskinan saya tidak mampu membeli pencuci muka, krim muka dan sebagainya untuk menjaga rupa paras, saya selalu dihina, dicerca,dipukul,ada ja salah saya, suami saya pulak diibaratkan seperti malaikat, dia sahaja yang betul. 

4 tahun saya bertahan tidak pernah mengadu pada sesiapa, kecuali pada ibu mertua, tapi ibu mertua seolah pandang pelik pada saya, seakan2 saya menghina anaknya. saya bekerja seawal pagi, 6 pagi saya sudah keluar rumah menyiapkan anak, anak saya dijaga oleh mak saya yang rumahnya berdekatan dengan pejabat saya, mak saya faham kesusahan saya, beliau tidak meminta bayaran, Cuma hujung bulan saya belikan barang dapur, manakala suami saya hanya di rumah menghadap laptopnya online 24 jam.

Suami saya sudah mulai curang, saya cek laptopnya chatting lucah dan bermanja dengan pelbagai perempuan, status di fbnya juga ditukarkan kepada single, Allahuakbar, sedih sungguh,saya terima dia seadanya, xpernah saya burukkan dia pada media social, bila ada kawan yang bertanya di fb dia tentang rumah tangga kami, pasti saya yang diburukkannya, dia kan baik ibarat malaikat, sedangkan di rumah dia kejam ibarat iblis, anak2 tidak dipedulikannya, saya seringkali diseksa, dipukul, dicerca sampai satu tahap saya mula meminta cerai sebab tidak tahan dengan sikapnya. 

Saya mengadu pada ibu mertua saya dengan harapan dia seorang yang berada, bijak pandai dapat selesaikan masalah kami dengan sebijaknya. Dalam hati saya sebenarnya tidaklah betul2 nak cerai, Cuma perasaan marah tu yang buatkan saya tersebut nak bercerai.

Saya tahu saya dari awal bukanlah menantu pilihan kerana saya datang dari keluarga yang miskin.Cuma saya fikir 2 cucu yang saya berikan boleh buat mereka terima saya dan menyayangi saya. Cerai tu cuma ugutan agar dia bantu saya menyelesaikan masalah saya. Dalam hati tiada niat untuk bercerai, saya masih perlu suami sebagai pelindung saya dan anak2.

Tapi sedih masa ni juga ibu mertua ambil kesempatan untuk pisahkan kami dengan alasan untuk anaknya berubah. Dia suruh suami saya keluar dari rumah dan dia sewakan sebuah rumah yang selesa untuk anaknya. Tidakkah dia fikir cara tu buat anaknya lagu lupa tanggungjawab, sekarang ni sudah 5 bulan saya duduk asing dengan suami. 

Dia langsung tidak ada bertanya khabar ataupun memberi nafkah, dengan gaji rm1200 saya bayar sewa flat, bantu mak beli barang dapur, susu anak pampers anak, minyak motor sehingga saya sendiri hari2 ikat perut di pejabat dan balik rumah makan biskut kering bersama anak-anak. 

Sedangkan suami saya bahagia hidup bujang keluar jalan dengan kawan2, disara lagi oleh ibu mertua saya, mujur ada kawan suami yang bagitahu saya sebab dia sendiri rasa tidak suka melihat suami abaikan saya dan anak2. Suami dah mula keluar dengan seorang perempuan yang bekerja disekitar rumahnya. 

Ibu mertua pula langsung xda mesej atau call saya tanya bagaimana keadaan cucunya, cukup ke makan minum susu. Cuma bantu anaknya sahaja, setahu saya yang kurang pendidikan ni, kalau suami meninggalkan sekalipun, keluarga suami yang harus bantu nafkah anak2 saya.Ni langsung tidak ambil tahu. 

Suami saya jangan kata nak berubah, duduk bujang lagi bahagia dari bersama isteri dan anak dan lari dari tanggungjawab. Bagi saya ibu mertua saya lagi merosakkan anaknya dan rumah tangga kami. anak2 saya semakin jauh dari ayahnya. Silap saya kerana mengadu pada ibu mertua.

Ibu satu saya nak sampaikan meskipun saya bukan menantu pilihan, saya masih isteri pada anak ibu, anak saya cucu ibu, abang walaupn saya digantung tak bertali, ataupun abg bakal ceraikan saya, ingat yang abang banyak dosa dengan saya. 

Sebelum berkahwin abg berjanji untuk menjaga saya dan anak2 kita, akhirnya abang buang begitu saya begitu sahaja, 4 tahun abang abaikan nafkah dan kasih sayang beserta pelindungan sebagai ketua keluarga pada isteri dan anak2. Saya tidak berdoa yang buruk2 buat abang, ibu abang dan keluarga abang. 

Tapi hukum kehidupan sentiasa ada, meskipun bukan saya yang membalas Allah ada, ingat Ibu juga ada satu2nya anak perempuan yang ibu sayang, adik memang baik muslimah, pandai, tapi jangan kerana kezaliman ibu dan abang pada saya dan anak2, adik yang tidak berdosa menjadi mangsa kezaliman suami suatu hari nanti.

Terima kasih abang atas penderitaan ini, terima ibu mertuaku atas penambah perasa duka derita ini. Andai kalian rasa kalian boleh bahagia atas penderitaan kami insan yang kalian anaiya teruskanlah.

aku berharap saat anak aku membesar anak perempuan ku mendapat suami yang baik dan ibu mertua yang baik, buat anak lelaki ku pula, bahagiakanlah mak mu ini dan juga isteri dan anak2mu, andai kata dirimu seperti ayahmu, isteri dan anak2mu akan mak jaga dan lindung, menantu ku akan ku jaga seperti anakku sendiri, meskipun bukan aku yang melahirkan, bukan aku yang tatang, biar aku yang menjadi galang ganti pengubat hati andai perbuatan anakku menyakiti dirimu wahai bakal menantuku kelak. 

Akan ku didik anak2 ku sebaiknya agar tidak menganaiya insan lain yang tidak berdosa. Terima kasih abg terima kasih ibu mertua. Mohon viralkan agar tidak ada isteri yang teranaiya. Harapanku satu agar suami pulang ke sisi aku dan anak2. Siapapun dirimu aku terima seadanya kerana aku pegang janji kita saat aku menjadi sah milikmu aku akan berada denganmu diwaktu susah senangmu, izinkan anak2 ku merasa kasih sayang dari sebuah keluarga yang sempurna.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.