Hanya Sebotol Minyak Masak, Ancaman Bom Palsu Di Wisma Bernama
Pihak polis mengesahkan bungkusan yang ditemui berserta satu nota ugutan di sebatang pokok berhampiran kawasan letak kenderaan Wisma Bernama di Jalan 1/65 A, Off Jalan Tun Razak semalam, bukan bom.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mendapati bungkusan kain batik itu hanya mengandungi sebotol minyak masak.
Pada 8.03 malam, Unit Pemusnah Bom itu memusnahkan bungkusan berkenaan dengan alat pemusnah selepas selesai melakukan siasatan menyeluruh di kawasan itu.
Petang semalam, kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) gempar dengan penemuan bungkusan itu yang diletakkan di bawah sebatang pokok berhampiran kawasan letak kenderaan Wisma Bernama.
Bungkusan itu, yang dibaluti kain batik, disertakan dengan sekeping nota ugutan terhadap dua agensi kerajaan.
Dilaporkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa diarah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada Bernama pada 5.33 petang semalam.
Selepas itu, beliau memeriksa rakaman kamera litar tertutup bagi melihat pergerakan di Jalan 1/65 A bagi tempoh awal pagi hingga petang tadi. Beliau kemudian menghubungi pihak polis dan Balai Bomba dan Penyelamat berkenaan.
Post a Comment