Header Ads

Memilih Kawan Menurut Imam Al-Ghazali





"Berkawan biar beribu, bercinta biar satu". Biasa dengar pepatah seperti ini bukan? Kawan dan sahabat mana yang lebih dihargai? Perbezaan kawan dan sahabat sangat ketara. Sahabat merupakan seorang yang akan bersama kita dikala susah mahupun senang. Cara sahabat menegur juga tidak sama seperti kawan biasa.

Sahabat adalah orang yang lebih jujur memberitahu sesuatu perkara tentang kita. Kawan yang baik dan tidak baik juga sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita. 

Jika kita terus berkawan dengan mereka yang tidak baik, pasti akan menyusahkan diri kelak. Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.

Pertama :

PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :

PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.

Ketiga :

PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :

PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :

PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.


"Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir-pasir di pantai tetapi TEMAN YANG SATU adalah MUTIARA di antara pasir-pasir itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.