Header Ads

Merendahkan Martabat Wanita, Iklan Ramona Ini Diselar Netizen Tak Senonoh




Tidak dapat dinafikan elemen seks dalam iklan menjadi antara teknik pemasaran yang sangat berkesan dalam melariskan sesuatu produk. Jika dilihat sekarang ini, ramai pengusaha produk menggunakan pengaruh selebriti media sosial sebagai orang tengah dalam melariskan jualan mereka.

Sebelum ini pengasas produk Sweet Dara, Liana Rosli menjadi kecaman hebat netizen disebabkan video-video yang mengghairahkan dalam mempromosikan produk-produknya.

Kali ini, Nizam Rahman pula menjadi sasaran kutukan dan kecaman gara-gara sebuah video yang dimuat naik di laman Facebooknya baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 2 minit 5 saat itu, Nizam yang sinonim melakonkan watak perempuan dilihat berjalan dengan penuh seksi.

Seorang lelaki yang membawa kereta mewah di belakang cuba mengorat, namun sebaliknya hampa disebabkan payudara 'perempuan' tersebut sangatlah kecil.

Maka, di sinilah bermulanya babak-babak yang disifatkan sebagai keterlaluan dan lucah di mana si perempuan mula mengamalkan satu produk yang membolehkan payudaranya menjadi besar, mantap dan kenyal.

Dalam iklan itu juga, Nizam ada menyebut "Lepas ni meleleh laki tengok "t*t*k". Iklan tersebut dikatakan bodoh, kurang sensitiviti terhadap budaya dan agama. Malah ia seolah-olah menghina dan merendahkan maruah kaum wanita.

Ada yang mengatakan, "Wanita kurang cerdik sahaja terpengaruh payudara besar akan menarik perhatian lelaki."

Mungkin benar apa yang dikatakan netizen, iklan sebegini sudah semakin menjadi-jadi di Malaysia. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai lucu dan menghiburkan, namun sebenarnya ia memberikan lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Apa pula kata anda?



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.