Abang Bomba Jadi Hero Terjun Sungai Selamatkan Dua Wanita Mangsa Banjir
Kecekapan anggota bomba Malaysia sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Kisah-kisah anggota bomba jarang dapat kita dengar di media sosial.
Terbaru, anggota bomba sekali lagi mempamerkan kecekapan dan keberanian mereka selepas menyelamatkan dua wanita terperangkap di dalam kereta yang dihanyutkan banjir kilat di Kampung Ulu Bendol, Kuala Pilah, pagi ini (Khamis).
BH Online melaporkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Norazam Khamis berkata dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, pasukan bomba tiba di lokasi bagi membantu mangsa selepas menerima maklumat.
"Dua wanita yang menaiki Nissan Sentra melalui jalan Seremban-Kuala Pilah dan terperangkap dalam banjir sebaik tiba di lokasi sebelum kereta mereka dihanyutkan arus ke anak sungai berhampiran.
"Anggota bomba yang menyedari kejadian terpaksa terjun ke anak sungai berkenaan bagi menyelamatkan mangsa dan berjaya mengeluarkan mereka," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Norazam Khamis.
Tambahnya mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan. Dalam pada itu, enam lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak serta seorang orang kurang upaya (OKU) terperangkap di dalam rumah kerana kawasan itu dinaiki air berjaya diselamatkan.
Sehingga kini, bomba masih memantau lokasi kejadian dan air dilaporkan semakin surut.
Post a Comment