Header Ads

'Dah Langgar Lepas Tu Selama Je Jalan' - Video Pemandu Langgar Pejalan Kaki Cetus Kemarahan Netizen




Ramai pemandu sekarang ini memasang 'dash cam' sebagai bahan bukti jika terbabit dalam kemalangan. Malah pemasangan kamera tersebut juga telah merakam pelbagai sikap dan kerenah pemandu ketika berada di jalan raya. 

Terbaru, seorang pemandu Toyota Prius telah dirakam melanggar seorang wanita tua yang sedang berjalan kaki ketika keluar dari simpang. 

Dalam satu video yang viral di Facebook baru-baru ini, pemandu berkenaan langsung tidak memberhentikan kenderaan dan menolong mangsa malah dengan selamba meneruskan perjalanan.


'Saya membunyikan hon dan memberi isyarat supaya memberhentikan kereta tetapi pemandu wanita tersebut hanya melihat ke arah saya dengan tiada perasaan bersalah' kata Cik L Tan yang memuat naik video berkenaan. 

Tan juga cuba menghalang kereta tersebut tetapi tidak berjaya. Pemandu Toyota itu tetap meneruskan perjalanan seperti tiada apa yang berlaku. 

Melihat pemandu wanita berkenaan hanya berlalu pergi, Tan kemudian memberhentikan keretanya dan menelefon pihak polis. - www.kakishare.my




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.