Header Ads

'Doktor Gagal Rawat Punca Anak Kami Mati' - Ibu Bapa Remaja Anoreksia Luah Rasa Kesal




Seorang remaja perempuan yang juga penghidap anoreksia ditemui maut dipercayai membunuh diri selepas dilanggar kereta api.

Ibu bapa remaja berkenaan berkata anaknya baru sahaja keluar dari wad psikiatri dan mendakwa pihak hospital gagal mengubati anak mereka. 

Memetik laporan Pippa McManus, 15 lari dari rumah selepas ibu bapanya menegurnya kerana bersenam di gim sehingga berlebihan menyebabkan remaja tersebut melarikan diri dari rumah sambil menjerit 'Saya akan bunuh diri'

Ibu bapa mangsa meluahkan rasa kesal kerana anak mereka dibenarkan keluar dari wad psikiatri sebelum pulih sepenuhnya. 

“Pip (gelaran kepada Pippa) menghabiskan masa selama tiga tahun menangani anoreksia, mengalami kekurangan zat, kemurungan dan suka mencederakan diri sendiri.

“Kami percaya kegagalan merawatnya sejak dahulu menyebabkan kematiannya.

“Jika rawatan yang berkesan dilakukan segera ke atas anak kami, sudah tentu dia masih lagi hidup hari ini. Mungkin kami tak perlukan siasatan ini dijalankan,” 




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.