Header Ads

Gambar Lelaki Muslim Sedang Tenangkan Wanita Yahudi Ini Buat Masyarakat Dunia Terharu




Mengharukan! Ketika dunia sedang bersedih akibat pengeboman di Manchester baru-baru ini dan banyak pihak terutama di Barat menyalahkan agama Islam kerana perbuatan pengganas  namun ini kisah yang berlainan sama sekali. 

Dunia sekali lagi tersentuh melihat gambar seorang lelaki Muslim yang sedang melutut sambil menenangkan seorang wanita dipercayai seorang wanita Yahudi dalam satu upacara memperingati mangsa serangan pengeboman tersebut. 

Netizen menganggap gambar itu sebagai satu simbol perpaduan di bandar tersebut selepas serangan berani mati ketika konsert Ariana Grande sedang berlangsung yang mengorbankan 22 orang  yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja. 

Ramai netizen mencetuskan reaksi penuh emosi antaranya seorang pengguna Twitter yang berkata: 

"Gambar seperti ini hanya membuatkan hati saya cair."

Sekeping lagi gambar menunjukkan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sadiq Patel sedang menekup mukanya manakala wanita tersebut, Renee Rachel Black menangis sambil menundukkan kepalanya.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.