'Ibu Pergi Seperti Sedang Tidur, Kini Aku Kehilangan Doa Dari Seorang Ibu'
Betul lah apa yg org cakap..hargai lah ibu kita selagi dia masih ada..baru2 ni saya telah kehilangan ibu saya..meninggal dunia kerana masalah kesihatan..hujung bulan 3 saya ada balik ke kampung untuk tengok keadaan ibu saya tp keadaan nya tak sama seperti dulu.
'Sambal Telur Paling Sedap'
Lebih banyak diamkan diri dan asyik merenung muka saya ank2 dan suami..sungguh pun keadaannya macam tu nampak kegembiraan di mukanya..yelah saya dan suami berkerja di utara..jadi kami jarang balik ke kampung.
Tp rutin saya setiap hari pasti akan call ibu bercerita tentang keadaan ank2..kerja hari ni macam mana..dan ibu pun bercerita apa yg dia masak dia buat apa haritu..memang setiap hari rutin kami macam tu.
Dan hari yg saya balik tu ibu ada masak sambal telur dia cakap dia masak sambal telur je tak larat nak berdiri..tp malam tu saya makan sambal telur tu yg paling sedap dari sebelum ni ibu masak..saya ada cakap kat ibu saya dah lama tak makan ibu masak.
'Ibu Pergi Seperti Sedang Tidur'
Dia hanya senyum je..selang tiga minggu tu saya terima panggilan dari adik saya bagitau ibu telah meninggal dunia..saya seakan tak mampu untuk berkata apa2..seolah separuh jiwa semangat saya hilang..saya sempat cium dan lihat wajah ibu.
Seperti ibu sedang tidur je..hanya doa yg mampu saya kirimkan untuk ibu..dan jika saya tahu sambal telur tu adalah yg masakan dr airtangan ibu yg terakhir saya mesti simpan wlupun dah tak boleh dimakan lagi. dan sekarang saya hilang tempat untuk saya bercerita. tempat untuk mengadu.
Dan yg paling penting saya telah kehilangan doa dr seorang ibu..hanya gambar dan video yg kami adik beradik mampu tatap dikala rindu menerjah..kini hanya ayah tempat kami adik beradik bercerita..pesanan saya hargai dan manfaatkan lah sepenuhnya masa dgn org yg disayangi. - www.kakishare.my
Post a Comment