Header Ads

"Lauk" Pelik Dalam Kari Ketam, Pemilik Restoran Tidak Mahu Bertanggungjawab




Meloyakan apabila seekor cicak berada dalam kuah kari kemudian dihidangkan kepada pelanggan .
Kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Puchong, Selangor, benar-benar mengundang amarah netizen.

Pelayan di restoran itu hanya buat tak tahu sedangkan telah diberitahu , lebih membuat rasa benggang kepada pelanggan tersebut , pemilik tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku .

Kisah itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohamad Syukri Saringat dan mengundang cemuhan netizen terhadap sikap acuh tidak acuh pekerja restoran itu.

"Kami ke sebuah restoran namanya Malini @ Bangsar Putri Puchong. Kami menemui seekor cicak lengkap anggota badan dalam kari ketam kami. Seperti gambar yang disertakan!
"Tiada seorang pun pekerja atau juruwang (yang saya rasakan anak perempuan kepada pemilik restoran) meminta maaf, malah beredar dari meja tempat kami makan.
"Kami tertanya-tanya adakah kari ketam yang sentiasa rasanya sedap itu kerana ramuan 'istimewa' ini! Tolong kongsikan kepada kenalan anda dan harap ia mendapat perhatian pihak berkuasa!" tulisnya.




We went to stupid restaurant called Malini @ Bangsar Putri Puchong. We found a full grown lizard in the crab curry.
Picture below! None of the workers or cashier ( I suppose the owner's daughter) too the trouble to apologize, in fact walked away from our table!
Now we are wondering if their crab curry always tastes good because this special ingredient! Please share this till it reaches the authority!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.