'Sekarang baru menyesal, Masa buat saya tak fikir apa'
Saya seorang suami yang berumur 23 tahun, dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun.
'Tak Hargai Pengorbanan Isteri'
Saya seorang yang panas baran, dari bercinta lagi, saya sering memukul isteri saya, puncanya sebab saya baran dan dah biasa memukul dia, sebab dia cubit saya sikit je, selepas tu, muka dr hari tu, saya mula lah baran tanpa berfikir apa apa.
Pada tahun 2014 saya bernikah dengan dia, selepas pernikahan saya, saya ingatkan saya berubah dr panas baran rupanya tidak sekali, isteri saya sentiasa ada disaat saya susah mahupun senang, dia tak pernah lupakan saya walau sedikit pun.
Kalau beli makan ke baju ke, tak pernah lupa, tapi sikap saya yang panas baran ni hari hari buat dia menangis, dan saya langsung tak hargai pengorbanan dia.
'Lafaz Cerai Talak 1'
Dia sayang saya, sebab tu dia bertahan dengan saya, bila saya pukul, dia langsung tak melawan bahkan dia merelakan.
Tapi, tempoh hari, saya dah pun lafazkan cerai talak 1, tapi saya tak pergi daftar, malah dia sendiri yang pergi Sebab dia kata, dia tak sanggup nak jalani hidup macam ni, tapi saya rasa sangat menyesal dengan segala perbuatan saya.
Macam mana say nak pujuk isteri saya semula, saya tak sanggup nak berpisah. Skrg baru nak rasa menyesal, masa buat tak fikir apa.
Post a Comment