Header Ads

Wanita Ini Baru Hari Pertama Bekerja Tapi Berani Curi Barang Kemas Bernilai RM50 Ribu




Seorang wanita yang baru diterima bekerja di sebuah keda emas di Kulim telah mencuri sejumlah barang kemas yang bernilai hampir RM50,000. 

Dalam kejadian sekitar jam 7 petang, wanita berkenaan yang bekerja di Kedai Emas Goldfinch didakwa telah mencuri barang-barang kemas ketika rakan sekerja sedang pergi ke tandas. 

Menurut sumber dari Facebook Kedai Emas Goldfinch, Wanita itu bekerja pada 24 Mei jam 4 petang dan itu adalah hari pertama dia bekerja. Bila diminta kad pengenalan wanita tersebut memberi alasan tidak membawa bersamanya dan diminta oleh pengurusan kedai emas tersebut supaya membawanya keesokan hari. 


Apabila seorang kakitangan pergi ke tandas, wanita tersebut dipercayai telah mengambil kesempatan untuk mencuri barang kemas terbabit. Setelah rakan sekerja pulang dari tandas, wanita tersebut memaklumkan dia mahu keluar untuk makan dan terus menghilangkan diri. 

Rakaman CCTV juga berjaya merakam perbuatan wanita tersebut dan dilihat memasukkan barang kemas tersebut ke dalam pakaian. Apabila kakitangan kedai emas tersebut menyedari beberapa barang kemas yang dipamer telah lesap dan kemudian membuat laporan polis. Kedai emas tersebut juga menawarkan ganjaran RM3,000 kepada mereka yang berjaya menangkap suspek. - www.kakishare.my 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.