Header Ads

Warga Asing Jual Daging Kucing RM12 Seekor, Jabatan Veterinar Kata Tidak Langgar Undang-Undang




Kucing merupakan binatang peliharaan yang paling disayangi serta manja dengan manusia. Bila pergi makan di kedai makan pastinya kita tak sampai hati apabila melihat kucing meminta makanan daripada kita sambil matanya yang nampak sedih dan lapar.

Memetik laporan Harian Metro, permintaan tinggi daripada pekerja asing menjadikan daging kucing kini mampu dijual RM12 seekor di pasaran gelap.

Dilaporkan, kegiatan ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh seorang warga asing yang dikenali sebagai Ruslan,menjadikan tugas mencari dan melapah daging kucing untuk pasaran gelap sebagai usaha mencari duit sampingan.

Dia turut memberitahu bahawa dia selalu menjual daging kucing kepada pekerja asing yang bekerja di tapak projek pembinaan kerana mereka amat menggemari daging haiwan tersebut terutama warga Vietnam serta pemilik kedai makanan eksotik di sini.

Ruslan yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia turut menambah bahawa dia hanya menjual dan mempromosi jualannya kepada individu yang tertentu sahaja bagi mengelakkan dari dimarah atau diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, kegiatan ini dilakukan secara kecil-kecilan kerana mereka bimbang akan menimbulkan kemarahan kepada pencinta haiwan terutama pencinta kucing. Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendakwa kegiatan menjual dan memakan daging kucing adalah perbuatan yang tidak melanggar undang-undang.

“Ia tidak menjadi kesalahan kerana ia tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang."

“Mengikut Akta Binatang 1953, adalah tidak salah perbuatan seperti itu dilakukan sekiranya untuk penyediaan makanan,” jurucakap jabatan itu dilaporkan berkata.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.