Header Ads

Alun Azan Maghrib, Peminat Terpegun Dengan Kemerduan Suara Alif Satar



Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan, penyanyi dan pelakon Alif Satar juga boleh mengalunkan azan dengan baik. 

 Ketika menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat menerusi projek #DariHati di Pusat Jagaan Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis lalu, Alif sempat meluangkan masa dalam menjalankan aktiviti amal bersama anak-anak yatim. 

 Setibanya waktu Solat Maghrib yang menandakan sudah masuknya waktu berbuka puasa, Alif berkesempatan mengalunkan azan di pusat jagaan tersebut.
Di ruangan komen, ramai peminat yang memuji gema suara Alif yang begitu merdu melaungkan azan. Ada juga peminat yang merasakan kesyahduan selepas mendengar alunan azan Alif serta memuji Alif kerana dia tidak hanya berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi turut mempunyai bakat mengalunkan azan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.