Header Ads

'Bila Dah Kantoi Buat Cerita Nak Selamatkan Budak' - Lelaki Ini Cuba Curi Telefon Dari Budak Perempuan Umur 9 Tahun Dalam Tren Ke Johor Bahru




Ketika orang ramai berpusu-pusu untuk pulang ke kampung, ada saja yang mengambil kesempatan untuk mencuri. Namun apabila tertangkap banyak pula alasan yang diberi. 

Sue Qlate berkongsi sebuah video dimana seorang lelaki dikatakan telah mencuri telefon dari seorang kanak-kanak berusia 9 tahun ketika berada di dalam tren. 

Dalam keghairan menyambut musim perayaan, dinasihati orang ramai supaya tidak leka kerana ada saja individu yang cuba mengambil kesempatan. 

Kejadian nie berlaku dalam tren dari tumpat ke johor bharu. Lelaki yang berbaju biru mencuri telefon kanak2 dalam linkungan 9 tahun semasa dalam tren. Disebabkan xnak kantoi dia buang telefon budak itu ke luar dari tren. 

Dari awal lagi saya syak yang lelaki nie pelik sebab tiba2 dia pergi duduk sebelah kawan saya sambil nak rapat2 lepas tu siap mintak nak pakai sudu garfu yg kawan saya pakai masa buka puasa. 

Kawan saya xlayan dan suruh dia ke kantin. Yang buat saya geram dia duk rapat2 sampai kawan menangis. Tiket tempat duduk dia pun kosh pertama tapi pegi ke kosh dua dan tempat tidur.

Beberapa minit kemudian dia datang dengan tergesa2 mintak tiket daripada kawan saya disebabkan rasa takut kawan bagi katanya nak tengok terus dia ambil dan simpan. Seorang pakcik nie pun ada ckp jugak yg dia mintak tiket tempat tidur pakcik tu katanya nak tengok.

Masa tu baju dia dah tukar baju yang awalnya pakai kemeja dan pakai spek mata. Bila dah tertangkap katanya nak selamatkan budak tersebut dari terjatuh dari tren padahal pintu tren dah kunci dari awal tren jalan. Lepas tu siap mengaku yg dia kenal kawan saya nie..

''Mu kena dio,korok mung dio kato xkenal''
''Doh biar dio kato xkenal gak''


- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.