Header Ads

Gaji 2 minggu lagi Tapi Duit Suami Tinggal RM52 Berkat Bulan Ramadhan Apa Yang Berlaku Buat Aku BERSYUKUR




Perkongsian dari sahabat dari info ibu hamil untuk bacaan bersama , semoga kita semua tabah menghadapi hari-hari mendatangkan . Jika korang tahu rakan atau sahabat terdekat terjadi begini , hulurkanlah bantuan . Mana tahu sekarang kita bantu dia , esok kita susah dia pula bantu kita .
Bantu tidak semestinya memberi duit , apa jua jenis bantuan itu dikira sedekah kalau dapat meringankan beban keluarga sahabat kita :)



Hari ini ramadhan ke5, kandungan masuk bulan ke5. Alhamdulillah, sihat dengan izin Allah s.w.t. Bila tengok suami menangis sebab duit gaji tak cukup nak cover itu ini. Saya diam, saya sedih tapi saya tak menangis depan suami. Suami juga tak menangis depan saya, tapi saya perasan mata suami merah. Bila dia tidur saya check dompet dia, 


Allahu tinggal RM2 saya check balanced dalam akaun maybank suami dengan maybank2u Allahu tinggal lagi RM50.

Dalam hati macam mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 minggu baru gaji. Hujung minggu suami ajak balik kampung, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua. Saya diam, saya tak tanya apa-apa. saya cuma mengangguk apa yg suami kata. saya ikut dia balik rumah mertua.

Sepanjang perjalnan suami diam, saya tahu suami susah hati.. Saya cuma tak henti2 berdoa, walau apa usaha suami utk mencari rezeki, sya minta Allah s.w.t mudahkan.. Sepanjang pindah ke tengah2 bandar, bukan sekali suami minta tlg dgn mertua. Tapi alhamdulillah, mertua selalu memahami. Gaji suami xbesar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini.. saya cuba cari kerja, tpi barangkali belum ada rezeki..



Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga. Suami tgok keadaan saya dgn mengandung, jalan pun kadang2 mcm itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya. Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tpi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh.

Sambil dia tlg saya, ada masanya mata dia xberkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tpi saya buat tak tahu. mcm2 sya ajak dia bergurau, semata2 saya tak nak suami sedih..tak nak dia melayan perasaan dan apa yg sedang bermain difikiran dia.. Saya ckap dengan suami, jgn sedih tgok saya tlg dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernh bagitahu dia yg saya selalu menangis saat pndang muka dia bila dia dah nyenyak tidur.. Dalam hati saya, suami ini Allah s.w.t hadirkn dgn kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan dia melengkapi kekurgan aku, dan kekurangan dia cuba utk aku sempurnakan dgn kelebihanku Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yg terakhir jika diiznkan Allah s.w.t.. Tak pernah mengharap yg lbih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih utk sepanjang bersama. Walau ada saatnya tak lari dri perasaan terluka sesama sendiri Namun, kekuatan dan kesabarn yg dimohon dri Allah s.w.t itu jauh lebih baik moga Allah s.w.t memberkati semua hubungan suami isteri didunia ini. Aaminn

Sumber:- InfoIbuHamil


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.