Konon-konon nak Tanya Tandas, Pekerja Hotel Kena Raba, Diugut Untuk Rogol Dan Bunuh
KLUANG: Seorang lelaki yang mencabul seorang pekerja hotel dan mengugut untuk merogol serta membunuhnya dengan pisau pemotong daging di tandas sebuah hotel bajet di sini, ditahan di Taman Kluang Barat, petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 6.45 petang Jumaat lalu itu, lelaki berusia 23 tahun berkenaan berpura-pura mahu menggunakan tandas hotel sebelum meminta pekerja berusia 22 tahun itu menunjukkannya arah tandas.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata setibanya di pintu tandas, lelaki berkenaan tiba-tiba bertindak agresif serta menolak pekerja hotel wanita berkenaan masuk ke dalam tandas.
mengeluarkan pisau pemotong daging mengugut wanita itu sebelum mencabulnya dengan mencium serta meraba di beberapa bahagian badan.
Katanya, lelaki berkenaan kemudian mengeluarkan pisau pemotong daging mengugut wanita itu sebelum mencabulnya dengan mencium serta meraba di beberapa bahagian badan. "Wanita berkenaan mengalami kecederaan di beberapa anggota badan kerana bergelut untuk melepaskan diri namun akhirnya berjaya menghentikan tindakan lelaki berkenaan yang mahu merogolnya selepas memberitahu majikannya akan tiba untuk membuat pemeriksaan.
"Namun lelaki berkenaan mengugut untuk membunuh pekerja hotel itu jika mangsa melaporkan kejadian berkenan pada polis. Berikutan kejadian itu mangsa kini trauma. "Bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis membuat serbuan di Taman Kluang Barat kira-kira jam 2.10 petang semalam, " katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mohamad Laham berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau mengenai jenayah seksual dan positif syabu menerusi ujian air kencingnya. Katanya, suspek direman empat hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 506 kanun sama kerana ugutan jenayah.
sumber : Beritaharian
Post a Comment