Header Ads

Kreatif! Tindakan Wanita Korea Ini Pakai Samping Buat Ramai Yang Tepuk Dahi




Samping merupakan antara pakaian tradisi yang sering digayakan bersama baju melayu. Namun, bagi seorang wanita Korea ini, sampin mungkin bakal menjadi ikutan fesyen terbaru. 

Gelagat wanita Korea ini sempat dirakam oleh orang ramai ketika beliau mengunjungi sebuah kedai di bazar ramadan di Hang Tuah Mall, Melaka. Tindakan wanita itu sebenarnya telah membuat penjual dan orang ramai yang berada di sekitar kedai tersebut berasa teruja dan hairan melihat perilaku wanita itu. 

Wanita itu dilihat menggayakan sampin yang selalunya dipakai oleh kaum lelaki. Wanita itu mungkin menganggap samping adalah sejenis pakaian untuk wanita. Orang ramai sempat mengambil aksi wanita tersebut dan memuat naik gambar tersebut ke Facebook sebelum ianya menjadi viral di media sosial.


Mengikut sumber, wanita itu telah datang ke kedai tersebut selama dua malam berturut-turut. Pada mulanya wanita itu datang dengan memakai skirt kembang dan pada malam berikutnya hanya memakai seluar pendek untuk membolehkannya mencuba samping tersebut. 

Netizen rata-ratanya memuju wanita Korea tersebut kerana ianya sesuatu yang kreatif dan membawa kelainan kepada samping tersebut. Ada yang memuji kepandaian wanita Korea tersebut menggayakan samping tersebut kerana nampak sesuai dengan baju yang dipakai. 

Nampak sangat orang Korea ni suka berfesyen. Manalah tahu satu hari nanti fesyen samping ini menjadi viral di Korea pula. Siapa tahu kan? - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.